Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​OFFICIAL HANDOVER OF MEDICAL EQUIPMENT DONATION FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA TO MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF

BOLKIAH GARRISON, THURSDAY, 14 May 2020 – In an effort to combat the COVID-19 pandemic, the Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received donation of medical equipment from the Ministry of National Defense of the People’s Republic of China.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, the Second Minister of Defence received the donation on behalf of MINDEF and RBAF from the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam, Her Excellency Madam Yu Hong, in an official handover ceremony held at MINDEF this afternoon.

The donation comprises of thermal screening equipment and Personal Protective Equipment (PPE). These items arrived at the Air Movement Centre (AMC), Royal Brunei Air Force, Rimba Air Base Brunei on an Ilyushin IL-76 military transport aircraft of People's Republic of China’s People’s Liberation Army Air Force (PLAAF) on Tuesday, 12 May 2020.

Prior to the official handover ceremony, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence received a courtesy call from Her Excellency Yu Hong, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People's Republic of China to Brunei Darussalam at the VIP Lounge, Ministry of Defence. The Second Minister of Defence expressed gratitude to the Government of the People’s Republic of China for the contributions in the fight against COVID-19 and hope both countries will continue to strengthen their bilateral relations. 

A recital of Surah Al-Fatihah started off the official handover ceremony, and special Doa for COVID-19 as well as Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim RBN, Head of RBAF Religious Department after the official handing over of the donation.

Apart from Brunei Darussalam, the People's Republic of China’s PLAAF aircraft has been travelling across various ASEAN member states to provide its support and assistance in countering COVID-19.



MAJLIS PENYERAHAN RASMI SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA KEPADA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB

BOLKIAH GARISON, Khamis, 14 Mei 2020 – Dalam usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima dana sumbangan berbentuk peralatan perubatan dari Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima sumbangan tersebut bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong semasa majlis penyerahan rasmi di Kementerian Pertahanan pada petang ini.

Sumbangan peralatan merangkumi alat ujian suhu badan dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang telah tiba di Pusat Gerakan Udara (PGU), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pangkalan Udara Rimba menggunakan pesawat tentera Ilyushin IL-76 dari Tentera Udara People’s Liberation Army pada hari Selasa 12 Mei 2020.

Sebelum majlis penyerahan rasmi, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar dan Mutlak bagi Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di VIP Lounge, Kementerian Pertahanan. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Republik Rakyat China atas sumbangan dalam memerangi COVID-19 dan berharap kedua-dua negara akan terus mengukuhkan hubungan dua hala mereka.

Majlis penyerahan rasmi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, seterusnya bacaan Doa Khas COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim TLDB, Ketua Jabatan Agama ABDB.

Selain dari Negara Brunei Darussalam, pesawat Tentera Udara People’s Liberation Army Republik Rakyat Cina juga telah membuat penerbangan merentasi negara-negara ASEAN untuk menyumbangkan bekalan dan kepakaran perubatan bagi menangani jangkitan wabak COVID-19.


Attachments