Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​MINISTRY OF DEFENCE HANDS OVER DONATIONS TO 84 ORPHANS

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 20 May 2020 – The Ministry of Defence today presented donations to 84 orphans from the families of departed personnel of the ministry.

The donations were delivered to the residences of the recipients in three districts where a total of 32 families are located in Brunei-Muara, 13 families in Tutong and 3 families in Belait District as part of the precautionary measures in response to the current COVID-19 situation experienced by the country.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence handed out the donations to several recipients in Brunei-Muara District; and was accompanied by the Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. 

While Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan and Pg Dr Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pg Haji Mohd Yunus, Deputy Permanent Secretaries also presented the donations in Brunei-Muara Districts and other districts accompanied by civilian directors and senior officers from the Ministry of Defence.

The annual event, held during Ramadhan, aims to ease the burden of orphans and their expenses during the upcoming month of Syawal in addition to celebrating the month of Ramadan Al-Mubarak with religious charity.





KEMENTERIAN PERTAHANAN HULUR DERMA SUMBANGAN KEPADA 84 ORANG ANAK YATIM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 20 Mei 2020 – Kementerian Pertahanan hari ini telah menghulurkan derma dan sumbangan kepada 84 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga kerja Kementerian Pertahanan yang telah kembali ke Rahmatullah.

Penyerahan sumbangan telah diserahkan ke rumah-rumah kediaman setiap penerima di ketiga-tiga daerah dimana 32 buah keluarga berada di Daerah Brunei-Muara, 13 buah keluarga di Daerah Tutong dan 3 buah keluarga bagi Daerah Belait sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani situasi COVID-19 ketika ini.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menyampaikan derma dan sumbangan kepada beberapa penerima di Daerah Brunei-Muara. Beliau diiringi oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. 

Manakala Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan dan  Pg Dr Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pg Haji Mohd Yunus, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan turut menyerahkan derma dan sumbangan di Daerah Brunei-Muara dan daerah-daerah yang lain disertai oleh Pengarah-pengarah Awam serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.

Acara tahunan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menjelang bulan Syawal ini di samping menyemarakkan bulan Ramadhan al-Mubarak dengan ibadah amal jariah.

Attachments