Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
NEWLY APPOINTED BRUNEI DARUSSALAM ENVOYS PAID JOINT COURTESY CALL TO SECOND MINISTER OF DEFENCE

BOLKIAH GARRISON, Friday, 19 June 2020 – Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (R) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof today received a joint courtesy call from His Excellency First Admiral (R) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, High Commissioner of Brunei Darussalam to United Kingdom and Eire; His Excellency Pengiran Muhammad Husaini bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Republic of the Union of Myanmar; Her Excellency Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Tahir, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to Federal Republic of Germany; Her Excellency Dayangku Hajah Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee, Permanent Representative of Brunei Darussalam to the United Nations in Geneva, Switzerland; and Her Excellency Pengiran Hairani binti Pengiran Haji Tajuddin, Permanent Representative of Brunei Darussalam to ASEAN Secretariat in Jakarta, Republic of Indonesia.

During the call, Yang Berhormat Second Minister of Defence congratulated Their Excellencies on their respective new appointments. Yang Berhormat Second Minister of Defence expressed hope that bilateral defence relations with Germany, Myanmar and the United Kingdom will continue to progress under the newly appointed Brunei Darussalam envoys and reiterated the Ministry’s commitment to ASEAN and the United Nations.

The newly appointed Brunei Darussalam envoys received their Letters of Credence from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 10 June 2020.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BARU DILANTIK

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 19 Jun 2020 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof pada hari ini menerima kunjungan hormat bersama daripada Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire; Tuan Yang Terutama Pengiran Muhammad Husaini bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar; Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Tahir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman; Puan Yang Terutama Dayangku Hajah Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee,  Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland, dan Puan Yang Terutama Pengiran Hairani binti Pengiran Haji Tajuddin, Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN Sekretariat di Jakarta, Republik Indonesia.

Semasa kunjungan hormat bersama tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Terutama di atas perlantikan mereka.  Yang Berhormat menyuarakan harapan agar hubungan pertahanan dua hala dengan Jerman, Myanmar dan the United Kingdom akan terus berkembang dengan lantikan ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dan mengesahkan komitmen Kementerian Pertahanan di dalam ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik telah dikurniakan Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Jun 2020. 


Attachments