Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
WORKING VISIT TO LABORATORY BY SECOND MINISTER OF DEFENCE AND MINISTER OF HEALTH
KILANAS, Monday, 6 July 2020 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence and Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, the Minister of Health, today made a working visit to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) temporary laboratory located at the Brunei Agricultural Research Centre (BARC) in Kilanas. 

The arrival of both ministers were welcomed by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the RBAF Joint Force Commander. 

The visit began with a group photo session followed by a prayer recitation led by the Head of RBAF Religious Department (JAMAAT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN. This was then followed by a welcoming remark delivered by the RBAF Joint Force Commander, a briefing on the establishment of COVID19 Task Force Support by the Commander of COVID19 Task Force Support, Colonel (U) Pg Haji Mohd Hasreen bin Pg Haji Ali Hassan and a presentation on the temporary laboratory delivered by the Chief Medical Officer of RBAF Medical Services, Colonel Dr Awang Mohd Hafizul bin Haji Mohd Awang Hassan. 

In line with the whole of government approach, on 24 March 2020, the RBAF set up a temporary laboratory provided by the Ministry of Primary Resources and Tourism (MPRT) to support MoH in the fight against the spread of COVID19 infection as well as part of MOH capability contingency plan. The laboratory which began operation on 31 March 2020 is manned by seven RBAF personnel and equipped with a Real Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) machine. Apart from manning the temporary lab, the personnel are also attached to the Virology Laboratory under MoH. The cooperative measures used in setting up this laboratory include training of the military personnel by Scientific Officers from MPRT as well as the Department of Laboratory Services, MOH. 

The visit continued with a tour of the lab. Also present during the visit were Commander of RBAF, Permanent Secretary from the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries and Directors from MOH.




LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KEDUA DAN MENTERI KESIHATAN KE MAKMAL

KILANAS, Isnin, 6 Julai 2020 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan hari ini telah membuat lawatan kerja ke makmal sementara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei (Brunei Agricultural Research Centre - BARC) di Kilanas.

Ketibaan kedua-dua menteri di BARC telah disambut oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB. 

Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan bacaan doa oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMAAT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. Ini disusuli dengan kata alu-aluan yang disampaikan oleh Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, kemudiannya taklimat mengenai Kumpulan Bantu COVID19 disampaikan oleh Pemerintah Kumpulan Bantu COVID19, Kolonel (U) Pg Haji Mohd Hasreen bin Pg Haji Ali Hassan dan seterusnya penyampaian taklimat mengenai makmal sementara berkenaan oleh Ketua Pegawai Perubatan ABDB, Kolonel Dr Awang Mohd Hafizul bin Haji Mohd Awang Hassan. 

Sejajar dengan pendekatan “a whole of government approach”, ABDB telah menubuhkan fasiliti sementara ini pada 24 Mac 2020 yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi menyokong Kementerian Kesihatan menangani penularan wabak COVID19 dan sebagai sebahagian daripada pelan kontinjensi Kementerian Kesihatan. Makmal yang mula beroperasi pada 31 Mac 2020 ini dianggotai oleh tujuh anggota ABDB dan dilengkapi dengan mesin Polymerase Chain Reaction (PCR). Selain daripada bertugas di makmal ABDB, mereka juga ditugaskan di Makmal Virologi, Kementerian Kesihatan. Langkah-langkah kerjasama yang digunakan dalam mendirikan makmal ini meliputi latihan anggota tentera oleh Pegawai Saintifik dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.

Lawatan kerja ini diteruskan dengan meninjau makmal dengan lebih dekat. Turut hadir bagi lawatan kerja adalah Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap dari Kementerian Pertahanan, dan Timbalan Setiausaha Tetap serta pengarah-pengarah dari Kementerian Kesihatan.


Attachments