Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES A FAREWELL CALL FROM THE USTRALIAN HIGH COMMISSIONER TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 28 July 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from Her Excellency Nicola Rosenblum, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam earlier today. Also in attendance was the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, the Commander of RBAF expressed his pleasure with the establishment of a resident Australian Defence representative in Brunei Darussalam since December 2019. He also expressed his confidence that the Exercise Penguin that was held from 29 June 2020 until 14 July 2020 has further strengthened the defence bilateral relationship between Brunei Darussalam and Australia. Both sides agreed that the Australian Defence Force and RBAF have shown active interactions and look forward to further enhance the existing bilateral defence relations including multilateral relations.

Her Excellency Nicola Rosenblum was appointed as the Australian High Commissioner to Brunei Darussalam in September 2016 and will be replaced by Miss Tiffany McDonald.




PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 28 Julai 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB telah menyatakan rasa gembira di atas penubuhan wakil Pertahanan Australia di Negara Brunei Darussalam sejak bulan Disember 2019. Pemerintah ABDB  juga meluahkan rasa keyakinan bahawa perlaksanaan Exercise Penguin yang telah diadakan dari 29 Jun hingga 14 Julai 2020 telah mengeratkan hubungan pertahanan dua hala di antara Brunei Darussalam dan Australia.

Kedua belah pihak bersetuju bahawa Australian Defence Force dan ABDB telah memperlihatkan interaksi yang sangat aktif dan berhasrat untuk meningkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang sedia ada termasuk hubungan pelbagai hala.

Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan September 2016 dan akan diambil alih oleh Tiffany McDonald.

Attachments