Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ONLINE REGIONAL MEETING OF CHEMICAL WEAPONS CONVENTION NATIONAL AUTHORITIES IN ASIA

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 29 July 2020 – The 18th Regional Meeting of National Authorities in Asia under the Chemical Weapons Convention convened virtually today. The online meeting was hosted by the International Cooperation and Assistance Division, Technical Secretariat, Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons.

Ms. Kayoko Gatoh, Director of International Cooperation and Assistance Division have delivered the welcoming and opening remarks for the meeting. Representing the Ministry of Defence as the Interim National Authority of Brunei Darussalam was Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Director of Defence Policy.

During the online meeting, the International Cooperation and Assistance Division shared their recent activities and upcoming plans amidst the COVID-19 outbreak. The online meeting also noted presentations from selected States Parties in Asia.

The online meeting was attended by 44 participants from 28 out of 56 Asian State Parties. The 18th Regional Meeting of National Authorities in Asia was initially planned to be conducted in Cambodia earlier this year.


***********************


MESYUARAT SERANTAU DALAM TALIAN BAGI PIHAK BERKUASA KEBANGSAAN DI ASIA DI BAWAH KONVENSYEN SENJATA KIMIA

BOLKIAH GARRISON, Rabu, 29 Julai 2020 – Mesyuarat Serantau  Pihak Berkuasa Kebangsaan di Asia di bawah Konvensyen Senjata Kimia ke-18 telah diadakan secara dalam talian pada hari ini. Mesyuarat dalam talian telah dihoskan oleh Bahagian Kerjasama dan Bantuan Antarabangsa, Sekretariat Teknikal, Organisasi untuk Larangan Senjata Kimia.

Puan Kayoko Gatoh, Pengarah Bahagian Kerjasama dan Bantuan Antarabangsa telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan pembukaan bagi mesyuarat tersebut. Mewakili Kementerian Pertahanan sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan Sementara bagi Negara Brunei Darussalam ialah Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Pengarah Dasar Pertahanan.

Semasa mesyuarat dalam talian itu, Bahagian Kerjasama dan Bantuan Antarabangsa telah mengongsikan aktiviti terkini mereka dan perancangan yang akan datang di tengah-tengah penularan wabak COVID-19. Mesyuarat dalam talian juga mengambil maklum pembentangan dari penyampaian dari negara-negara di Asia.

Mesyuarat dalam talian ini telah dihadiri oleh 44 peserta dari 28 daripada 56 Asian State Parties. Mesyuarat Serantau Pihak Berkuasa Kebangsaan di Asia ke-18 ini pada awalnya telah dirancang untuk dijalankan di Kemboja awal tahun ini.

Attachments