Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HANDOVER CEREMONY FOR COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Thursday, 30 July 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a handover ceremony between its outgoing Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh and the incoming Commander, Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison on Thursday, 30 July 2020.

Also in attendance were Deputy Commander of RBLF, Acting Commandant of Combat Service Support RBLF, senior officers, officers, Land Forces Sergeant Major and RBLF personnel.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by speech from the outgoing Commander of RBLF. It continued with the signing of the Handing Over Certificate and also the handing over of Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB between Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh and Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, marking the official handing over of the Commander of RBLF place of duty. As a newly appointed Commander of RBLF, Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan also delivered his inaugural speech as the 11th Commander of RBLF.

The ceremony was then followed by a photo session at the Officer’s Mess Berakas Garrison and presentation of mementos to Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh and the signing of parchment. It concluded with a Closing Doa led by Lieutenant Mohammad Farid bin Mohammad Raffi, Officer from RBAF Religious Department (JAMAAT).



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 30 Julai 2020 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas di antara Mantan Pemerintah TDDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dan Pemerintah TDDB yang baru iaitu Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison pada hari Khamis, 30 Julai 2020.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei dan anggota-anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah TDDB. Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB serta penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB di antara Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dengan Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah TDDB secara rasmi. Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan turut menyampaikan ucapan selaku Pemerintah TDDB yang baru dan Pemerintah TDDB yang ke-11.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison dan penyampaian cenderahati kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dan penandatanganan lembaran kenangan. Majlis ini diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang diketuai oleh Leftenan Mohammad Farid bin Mohammad Raffi, Pegawai dari Jabatan Agama ABDB (JAMAAT).

Attachments