Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE RECEIVES IN AUDIENCE THE OUTGOING AND NEWLY APPOINTED RBAF COMMANDER
QASHR AL-MEEZAN, Tuesday, 2 September 2020 - His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, this morning received in audience the outgoing Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud and the newly appointed Commander of RBAF, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud handed over his duties to the newly appointed Commander of RBAF, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat on 1st September 2020 at the official handing over and take over ceremony for the Commander of RBAF which took place at Bolkiah Garrison. 

Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud was the 10th Commander of RBAF from 31st January 2018 until 1st September 2020. During his tenure as the Commander of RBAF, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam conferred him the Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T). 

Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat was promoted to Major General on 1st September 2020. Prior to his appointment as the 11th Commander of RBAF, he previously held several key posts including the 14th Commander of Royal Brunei Air Force from 15th August 2018 to 28th August 2020; the Joint Force Commander of the RBAF and Chief of Staff (COS) of the Joint Force Headquarters (JFHQ).

The Audience Ceremony was held at Qashr Al-Meezan.



Photo credit : Infofoto

DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA BERKENAN MENERIMA MENGADAP PEMERINTAH-PEMERINTAH ABDB YANG AKAN BERSARA DAN YANG BARU DILANTIK

QASHR AL-MEEZAN, Rabu, 2 September 2020  - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi telah berkenan menerima mengadap Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menamatkan perkhidmatan, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Pemerintah ABDB yang baru dilantik, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah menyerahkan tugasnya kepada Pemerintah ABDB yang baharu, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat pada 1 September 2020 dalam Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB yang telah diadakan di Bolkiah Garison.

Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud merupakan Pemerintah ABDB yang ke-10 bermula 31 Januari 2018 sehingga 1 September 2020. Semasa berkhidmat sebagai Pemerintah ABDB, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan beliau dengan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.). 

Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat pula telah dinaikkan pangkat ke jawatan Mejar Jeneral pada 1 September 2020. Sebelum pelantikannya sebagai Pemerintah ABDB ke-11, beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei ke-14 bermula 15 Ogos 2018 sehingga 28 Ogos 2020; Pemerintah Angkatan Bersama dan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ABDB.

Majlis Mengadap berlangsung di Qashr Al-Meezan.


Attachments