Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
KOWIRA APPOINTS NEW CHAIRMAN OF THE BOARD OF DIRECTORS

BERAKAS GARRISON, Friday, 4 September 2020 - A handover ceremony for the appointment of Chairman of The Board of Directors for Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA DTB) between Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, former Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the new Commander of RBAF, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat took place this afternoon at Berakas Garrison.

In his speech, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan expressed his confidence in the leadership of the present RBAF Commander as the new Chairman of the Board of Directors of KOWIRA to expand the business towards a more stable and competitive direction.

After almost 3 years holding the post of Chairman of The Board of Directors of KOWIRA, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan has witnessed the positive development of KOWIRA in diversifying its products and services and ensuring its sustainability. Since 2017 onwards, KOWIRA has retained a minimum of ten percent return in dividends.

He also expressed his gratitude towards KOWIRA board and staff, as well as hope that they will continue to make strides towards excellence and professionalism.





KOWIRA MELANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH BARU

BERAKAS GARISON, Jumaat, 4 September 2020 – Majlis penyerahan tugas jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA DTB), di antara mantan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Pemerintah ABDB yang baharu, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat telah berlangsung petang ini di Berakas Garison. 

Dalam ucapan Mejar General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan, beliau menyatakan keyakinannya dengan pucuk pimpinan Pemerintah ABDB yang terkini sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA yang baru dalam mengembang majukan perniagaan koperasi ke arah yang lebih mantap dan berdaya saing.

Setelah hampir 3 tahun memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan telah menyaksikan perkembangan positif KOWIRA dalam mempelbagaikan produk dan perkhidmatannya, dan memastikan kemampanannya. Sejak tahun 2017 sehingga ke hari ini, pemegang saham telah berjaya mengekalkan jumlah minimum sepuluh peratus dalam pembahagiaan dividen.

Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan juga merakamkan rasa terima kasih kepada ahli-ahli lembaga dan kakitangan KOWIRA, serta berharap mereka akan terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan dan profesionalisme.  


Attachments