Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER CONVENED A VIDEO CONFERENCE WITH IMT AND UNIFIL RBAF CONTINGENTS

BOLKIAH GARRISON, Monday, 7 September 2020 - Joint Forces Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) hosted a video conference as part of Commander of RBAF introductory visit at the Joint Forces Headquarters Conference Room, Tower Block, Ministry of Defence.

The Commander of RBAF, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat had the opportunity to interact with the Head of Contingents from International Monitoring Team (IMT) in the Republic of the Philippines and United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). During the video conference, both Head of Contingents congratulated Commander of RBAF on his promotion and appointment as Commander of RBAF.

The Commander of RBAF further expressed his appreciation to all contingents on their missions abroad which requires great commitment and sacrifice. He also conveyed words of encouragement and reminder to always maintain a high level of discipline as it represent the image of the RBAF and Brunei Darussalam.

In addition, the Commander of RBAF also reminded all personnel of the IMT and UNIFIL contingent to always maintain and enhance their level of spirituality, especially while working abroad. Before concluding the video conference, the Commander of RBAF once again expressed his appreciation to all personnel of both contingents and reminded everyone to always take care while on duty.



PEMERINTAH ABDB ADAKAN SIDANG VIDEO BERSAMA KONTINJEN IMT DAN UNIFIL ABDB

BOLKIAH GARISON, Isnin, 7 September 2020 – Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghoskan sidang video sebagai sebahagian dari acara lawatan perkenalan Pemerintah ABDB bertempat di Bilik Persidangan Markas Angkatan Bersama, Bangunan Menara Kementerian Pertahanan.

Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat berkesempatan untuk berinteraksi bersama Ketua-ketua Kontinjen dari International Monitoring Team (IMT) yang berada di Republik Filipina dan ketua bagi misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).  Semasa sidang video tersebut, kedua-dua ketua kontinjen menyampaikan ucap tahniah kepada Pemerintah ABDB diatas kenaikan pangkat dan perlantikan sebagai Pemerintah ABDB.

Pemerintah ABDB seterusnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang mengikuti misi di luar negara yang memerlukan komitmen dan pengorbanan yang besar. Pemerintah ABDB juga menyampaikan kata-kata semangat serta peringatan dalam sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi bagi melambangkan imej ABDB dan juga Negara Brunei Darussalam. 

Selain itu, Pemerintah ABDB juga mengingati kesemua anggota kontinjen IMT dan UNIFIL untuk sentiasa menjaga dan mempertingkatkan tahap kerohanian terutama sekali semasa bertugas diluar negara. Sebelum mengakhiri sidang tersebut, Pemerintah ABDB sekali lagi merakamkan penghargaan kepada kesemua anggota kontinjen IMT dan UNIFIL dan berpesan untuk sentiasa menjaga diri semasa bertugas.


Attachments