Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER INTRODUCTORY VISIT TO DIRECTORATE OF INTELLIGENCE
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 14 October 2020 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), made his introductory visit to the Directorate of Intelligence in the Ministry of Defence.

Upon arrival at the Directorate, RBAF Commander was received by the Director of Intelligence, Colonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif along with senior officers of the Directorate. 

The visit commenced with welcoming remarks by the Director of Intelligence and followed by a briefing on the Directorate of Intelligence delivered by the Staff Officer 1 Intelligence, Lieutenant Colonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah. 

The RBAF Commander then proceeded with two separate Muzakarah Sessions with the officers, and, Senior and Junior Non-Commissioned Officers of the Directorate. The sessions discussed on welfare issues and their roles and responsibilities as personnel and civilians of RBAF and Ministry of Defence.   

The introductory visit concluded with a group photo session and tour to the sections in the Directorate.





KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH ABDB KE JABATANARAH PERISIKAN

BOLKIAH GARISON, Rabu, 14 Oktober 2020 - Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah membuat lawatan pengenalan ke Jabatanarah Perisikan di Kementerian Pertahanan .

Ketibaan Pemerintah ABDB telah disambut oleh Pengarah Perisikan, Kolonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif berserta Pegawai-pegawai Kanan Jabatanarah Perisikan. 

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Perisikan dan diikuti dengan taklimat organisasi Jabatanarah Perisikan yang disampaikan oleh Pegawai Turus Perisikan, Leftenan Kolonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah. 

Lawatan diteruskan dengan dua Sesi Muzakarah bersama pegawai-pegawai, PTB Kanan dan Rendah. Sesi tersebut membincangkan isu-isu kebajikan dan peranan serta tanggungjawab sebagai anggota tentera dan kakitangan awam ABDB dan Kementerian Pertahanan.

Lawatan pengenalan berakhir dengan sesi bergambar ramai dan lawatan ke seksyen-seksyen di Jabatanarah tersebut. 

Attachments