Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​DIKIR MAULUD OPENING CEREMONY 1442H/2020M

BOLKIAH GARRISON, Saturday, 17 October 2020 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held an opening ceremony for Dikir Maulud 1442H / 2020M at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

Also present were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, RBAF Commander, Permanent Secretary, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Deputy Commanders, Commandants, senior officers, officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony began with a mass Maghrib prayers followed by Dikir Syarifil Anam led by Iman Shuib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa'. The ceremony continued with a mass Isyak prayers and ended with Dikir Marhaban and Doa. 

The ceremony was conducted in accordance to the guidelines given by the Ministry of Health and the Ministry of Religious Affairs to control the spread of COVID-19.

Similar ceremonies also took place in all mosques and suraus in RBAF camps to usher in the celebration for the birth anniversary of Prophet Mohammad (PBUH).




PEMBUKAAN MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD 1442H/2020M

BOLKIAH GARISON, Sabtu, 17 Oktober 2020 – Majlis Pembukaan Dikir Maulud bagi tahun 1442H/2020M bagi peringkat Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pemerintah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Acara dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan Dikir Syarifil Anam yang diketuai oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa'. Majlis kemudian diikuti dengan solat fardhu Isyak berjemaah dan diakhiri dengan Dikir Marhaban dan Doa.

Majlis telah dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.

Majlis Pembukaan Dikir Maulud ini turut diadakan secara serentak di masjid dan surau di seluruh perkhemahan ABDB sempena memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.  

Attachments