Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​RBAF COMMANDER INTRODUCTORY VISIT TO ROYAL BRUNEI AIR FORCE

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 19 November 2020 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) made an introductory visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) at the Rimba Air Force Base today.

Upon arrival at the RBAirF Headquarters, he was received by the Commander of RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, RBAirF Board of Executives and Commanding Officers. 

The visit commenced with a Guard of Honour consisting of personnel from the RBAirF followed by a briefing session at Bilik Bubut. RBAF Commander then had separate sessions with Senior and Junior Non-Commissioning Officers (NCOs) before visiting the Hangar for updates on Blackhawk S70i and the CN235.

The visit then continued with another session with RBAirF officers at the Air Movement Centre and concluded with the signing of parchment and a group photo session.

RBAF Commander was the former RBAirF Commander from August 2018 until August 2020 before he assumed the appointment of RBAF Commander on 1 September 2020.




LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH ABDB KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 19 November 2020 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuat lawatan pengenalan ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Pangkalan Tentera Udara Rimba pada hari ini.

Ketibaan Pemerintah ABDB di Markas TUDB telah disambut oleh Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Badan Eksekutif TUDB dan Pegawai-pegawai Pemerintah. 

Lawatan dimulakan dengan menerima tabik hormat panglima dari perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota TUDB dan diikuti dengan sesi taklimat di Bilik Bubut. Pemerintah ABDB kemudian mengadakan sesi berasingan dengan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan Rendah sebelum mengunjungi Hangar bagi perkembangan pesawat Blackhawk S70i dan CN235. 

Lawatan diteruskan dengan sesi lain bersama Pegawai-pegawai TUDB di Pusat Pergerakan Udara dan diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai.

Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat merupakan mantan Pemerintah TUDB dari Ogos 2018 hingga Ogos 2020 sebelum memegang jawatan Pemerintah ABDB pada 1 September 2020.

Attachments