Skip Ribbon Commands
Skip to main content

JOB OPPORTUNITIES

For those with a passion to serve in defence, you can consider two tracks – enroll as a military personnel or as a civilian personnel. Military and civilian personnel work hand in hand within the Ministry of Defence to execute their respective tasks with clear vision and mission as well as high dedication and commitment.

CIVILIAN PERSONNEL IN DEFENCE

Who can work in defence? Interested candidates with academic qualifications such as PhD, Master , Degree, HND and other recognised qualifications that have been accredited by Brunei Darussalam National Accreditation Council are welcome to pursue a career in defence. The civilian workforce is made up of a wide range of academic background and specialization. It is this array of expertise that contributes to the culture of high professionalism, quality implementation and productivity within the organization.

What line of work can civilians pursue? The civilian workforce consist of individuals from many different field of studies such as accounting, administration, architecture, counselling, economics, engineering, estate management, finance, management, human resource, international relations, legal, photography, politics, physiotherapy , public relations, religious studies, sciences, and many more.

How to apply? Any job openings will be advertised through the Civil Service Commission (CSC) online portal (www.recruitment.gov.bn) and / or in government newspaper (Pelita Brunei). The job advertisement will provide the qualification criteria, details of the position including the job scope as well as application submission instructions. Currently, the Ministry of Defence do not readily process individual application that are not based on job openings.

 

**************************

 

PELUANG PEKERJAAN

Bagi mereka yang berminat untuk berkhidmat dalam pertahanan, awda bolehlah menceburinya sebagai anggota tentera ataupun anggota awam. Warga tentera dan awam sentiasa bekerjasama di Kementerian Pertahanan dalam melaksanakan tugasan masing-masing dengan adanya visi dan misi yang jelas dan dedikasi serta komitmen yang tinggi.

ANGGOTA AWAM DALAM PERTAHANAN

Siapa boleh berkhidmat dalam pertahanan? Calon yang mempunyai kelulusan akademik seperti PhD, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma Kebangsaan Tertinggi, dan kelulusan lain yang diiktirafkan oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Negara Brunei Darussalam adalah dialu-alukan untuk menceburi kerjaya dalam pertahanan. Warga awam di Kementerian ini adalah terdiri dari pelbagai latar belakang akademik mahupun kepakaran. Dengan adanya pelbagai kepakaran ini, ianya menyumbang ke arah tahap profesionalisma yang tinggi, perlaksanaan serta produktiviti yang berkualiti dalam organisasi.

Apakah bidang kerjaya yang dapat diceburi? Bidang-bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah termasuk perakaunan, pentadbiran, arkitek, kaunseling, ekonomik, kejuruteraan, pengurusan estet, kewangan, pengurusan, sumber manusia, dasar, fisioterapi, perhubungan awam, keagamaan, sains, dan lain-lain.

Cara memohon? Jawatan kosong akan diiklankan melalui laman web Civil Service Commission (CSC) (www.recruitment.gov.bn) dan / atau dalam akhbar Kerajaan (Pelita Brunei). Rang iklan jawatan kosong berkenaan akan menghuraikan syarat-syarat kelayakan, maklumat-maklumat mengenai jawatan kosong termasuk tugas dan tanggungjawab, serta cara menghantar permohonan jawatan berkenaan. Pada masa ini, Kementerian ini tidak akan memproses permohonan individu yang bukan berdasarkan jawatan yang sedang diiklankan.