Skip Ribbon Commands
Skip to main content
PENDAFTARAN BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA PENGGAMBILAN KE 53
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Pendaftaran kini mula dibukakan bagi pemohon yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Wanita Pengambilan Ke 53, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berpandukan kepada syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan.

Pendaftaran dibuka bermula hari Isnin, 31 Julai 2017 hingga hari Jumaat, 04 Ogos 2017

bertempat di Dewan Gerak Badan Lama, Bolkiah Garison.

*PERINGATAN SEMASA MENDAFTAR*

Semasa pendaftaran hendaklah berpakaian baju kurung, bertudung, kemas dan membawa kad pengenalan asal (Original), isalah kelulusan asal (Original) dan alat tulis.

Hari Isnin hingga Hari Khamis

0830 Pagi hingga 1130 Pagi

1415 Petang hingga 1600 Petang

​Hari Jumaat Sahaja

0830 Pagi hingga 1045 Pagi

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Penggambilan

Jabatanarah Keanggotaan

B 11, Tingkat 2, Spg 32-66

Flat Anggerek Desa

Tel : 2383073 / 2383074 / 2383075

Atau layari laman web Kementerian Pertahanan:

E-mail : FRO@mindef.gov.bn

SYARAT-SYARAT MENGIKUT KATEGORI BAGI PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN BAKAL REKRUT WANITA
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

1. Berikut adalah Kategori bagi pengambilan dan kemasukan bakal Rekrut Wanita:
Dalam Kategori A (Bagi Pemohon)
  • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei.
  • Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
  • Puak jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut, Bisaya).
Dalam Kategori B (Bagi Pemohon)
  • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang bertulis mengenai KERAKYATAN memegang Kad Pintar Kuning termasuk seperti berikut:
    • Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
    • Bukan dari puak jati Bangsa Melayu.
    • Berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.
    • Dimestikan menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB.

2. Pemohon yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya tentera sebagai bakal rekrut Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan dalam Kategori A atau B di atas.

Syarat kemasukan bagi bakal Rekrut Wanita adalah seperti berikut:

  • Taraf Kelamin: Mestilah Bujang (Tidak pernah berkahwin)
  • Umur: Berumur diantara 18 tahun hingga 25 tahun (tidak melebihi 25 tahun 0 bulan 0 hari) sebelum tarikh latihan dimulakan.
  • Kelayakan Akademik: 2 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (‘O’ Level).
    • Nota: Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan.
      Tahap Kesihatan: Pemohon-pemohon akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna dan mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik.
  • Ketinggian Badan: 152 cm (5 kaki).
  • BMI(Body Mass Index): 19 – 27.
  • Ujian: Para calon yang layak mestilah lulus ujian-ujian berikut:
    • Ujian Bertulis
    • Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian.
    • Ujian Kecergasan (Ujian berlari sejauh 2.4km, ujian kecergasan tubuh badan APFA-heaving dan sit up, ujian berenang water treading dan berenang 0 meter ke 50 meter). Pemohon-pemohon yang tidak mencapai ke 50 meter bagi ujian berenang, adalah dikira GAGAL.
    • Tapisan Keselamatan - Pemohon akan menjalani ujian tapisan keselamatan termasuk Ujian Air Kencing (UAK).
    • Ujian Temuduga dan Penilaian Akhir.

Pemohon yang LULUS secara keseluruhan dan DISOKONG akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut, Institut Latihan, Penanjong Garison bagi latihan pengenalan awal atau Holding Platoon selama 2 minggu sebelum latihan asas ketenteraan rekrut sepenuhnya bagi tempoh 3 bulan latihan. Selepas 3 bulan menamatkan latihan dan akan bermula berkhdimat di mana-mana unit dalam ABDB  sebagai seorang askar terlatih.

"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dikembalikan melalui:

E-Mail: FRO@mindef.gov.bn

atau dihantarkan ke:

Pejabat Pengambilan ABDB
Jabatanarah Keanggotaan,
B11, Tingkat 1 & 2
Spg 32-66
Flat Anggerek Desa

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB: 2383073 / 2383074/ 2383075

SYARAT-SYARAT MENGIKUT KATEGORI BAGI PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN BAKAL REKRUT LELAKI
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

1. Berikut adalah Kategori bagi pengambilan dan kemasukan bakal Rekrut Lelaki:
Dalam Kategori A (Bagi Pemohon)
  • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei.
  • Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
  • Puak jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut, Bisaya).
Dalam Kategori B (Bagi Pemohon)
  • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang bertulis mengenai KERAKYATAN memegang Kad Pintar Kuning termasuk seperti berikut:
    • Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
    • Bukan dari puak jati Bangsa Melayu.
    • Berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.
    • Dimestikan menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB.

2. Pemohon yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya tentera sebagai bakal rekrut Lelaki Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan dalam Kategori A atau B di atas.

Syarat kemasukan bagi bakal Rekrut Wanita adalah seperti berikut:

  • Taraf Kelamin: Mestilah Bujang (Tidak pernah berkahwin)
  • Umur: Berumur diantara 18 tahun hingga 25 tahun (tidak melebihi 25 tahun 0 bulan 0 hari) sebelum tarikh latihan dimulakan.
  • Kelayakan Akademik: 2 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (‘O’ Level).
    • Nota: Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan.
      Tahap Kesihatan: Pemohon-pemohon akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna dan mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik.
  • Ketinggian Badan: 155 cm (5 kaki 1 inci).