Skip Ribbon Commands
Skip to main content

​ PENDAFTARAN BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA
PENGAMBILAN PEGAWAI KADET 
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 02/2017


Pendaftaran kini dibukakan bagi pemohon yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Siri 02/2017 berpandukan kepada syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan.

Pendaftaran dibukakan bermula pada 10 Julai 2017 sehingga 11 Ogos 2017. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pejabat Pengambilan ABDB
Jabatanarah Keanggotaan
B 11, Tingkat 2, Simpang 32-66
Flat Anggerek Desa

Tel : 2383073 / 2383074 / 2383075

Atau layari Laman Web Kementerian Pertahanan :

http://www.mindef.gov.bn
E-mail : FRO@mindef.gov.bn


 

SYARAT-SYARAT MENGIKUT KATEGORI BAGI PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI & WANITA ABDB

  1. Berikut adalah Kategori bagi pengambilan dan kemasukan bakal Pegawai Kadet:

        Dalam Kategori A

    • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam
    • Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam. 
    • Puak jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut, Bisaya).

      Dalam Kategori B

    • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang  Dipertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang bertulis mengenai KERAKYATAN memegang Kad Pintar Kuning termasuk seperti berikut:
      • Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
      • Bukan dari puak jati Bangsa Melayu.
      • Berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.
    • Dimestikan menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB. 
  1. Pemohon yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya tentera sebagai Pegawai Kadet ABDB mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan dalam Kategori A atau B di atas. Syarat kemasukan bagi bakal Pegawai Kadet adalah seperti berikut:
  • Taraf kelamin:   Bujang.
  • Umur: Berumur diantara 18 tahun hingga 28 tahun (tidak melebihi 28 tahun 0 bulan 0 hari) sebelum tarikh latihan dimulakan. 
  • Kelayakan Akademik Kelayakan minima pemohon adalah Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) di dalam apa jua bidang yang diceburi. Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan seperti Sarjana Muda (Degree), Sarjana (Master) atau PHD.
  • Tahap Kesihatan: Pemohon-pemohon akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum menjadi Pegawai Kadet. Pemohon mestilah sihat dan tidak cacat anggota, tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah anggota tubuh badan dan sebagainya. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna. Tahap kesihatan gigi yang baik.
  • Ketinggian Badan:  Lelaki 160 cm (5 Kaki 3 Inci) / Wanita 152 cm (5Kaki). 
  • BMI (Body Mass Index): 19 – 27.

Permohonan yang memenuhi syarat-syarat tersebut di atas akan diproses oleh Pejabat Pengambilan yang mana para pemohon akan menjalani ujian iaitu pemeriksaan kesihatan (X-Ray dan PULHHEEMS) dan pemeriksaan pergigian oleh pihak perubatan ABDB serta lulus dan akan menjalani ujian tapisan keselamatan (termasuk Ujian Air Kencing (UAK). Seterusnya, pemohon akan mengikuti Badan Pentauliahan ABDB (BP ABDB) bagi pemilihan melalui beberapa ujian. 

BADAN PENTAULIAHAN ABDB (BP ABDB) & UJIAN-UJIAN

Badan Pentauliahan ABDB (BP ABDB) merupakan satu badan yang bersidang dalam pemilihan bakal Pegawai Kadet ABDB yang dijalankan dalam jangakamasa 4 ke 5 hari. Pemohon yang layak bagi mengikuti Badan Pentauliahan ABDB (BP ABDB) akan mengikuti beberapa ujian berikut:

  • Ujian Bertulis     Pemohon akan menduduki ujian secara bertulis
  • Ujian Kecergasan    Pemohon akan menjalani ujian kecergasan yang terdiri dari ujian ketahanan jasmani iaitu:-
  1.  Ujian berlari sejauh 2.4km
  2.  Ujian kecergasan tubuh badan (APFA- heaving dan sit up)
  3.  Ujian berenang (water treading for 2 minutes dan berenang 0 meter ke 50 meter). Pemohon-pemohon yang tidak mencapai ke 50 meter dalam ujian berenang adalah dikira GAGAL.
  • Temuduga    Pemohon akan ditemuduga dan dibuat penilaian oleh Badan Temuduga yang bersidang.
  • Command Task Exercise  Pemohon akan dinilai melalui pengarahan dan kawalan dalam melaksanakan tugas melalui permasalahan/senario yang diberikan. 
  • Leaderless Exercise     Pemohon akan dinilai melalui latihan tanpa kawalan pimpinan/ketua (Leaderless).
  • Lecturette    Pemohon akan dinilai melalui pembentangan perseorangan melalui tajuk yang diberikan.
  • Individual Problem    Pemohon akan dinilai melalui pembentangan penyelesaian masalah (problem solving) secara perseorangan melalui permasalahan/senario yang diberikan.
  • AKTA   Pemohon akan dinilai secara perseorangan melalui perancangan serta kutipan markah dalam ujian Akal dan Tenaga (AKTA) iaitu mengumpul kutipan markah melalui Orienteering dalam masa yang ditetapkan.

Pemohon yang LULUS dan DISOKONG oleh Badan Pentauliahan ABDB (BP ABDB) ini akan mengikuti persiapan awal melalui program Pre-Conditioning (2 minggu). Seterusnya akan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Kadet bagi mengikuti latihan asas ketenteraan selama 42 minggu di Sekolah Pegawai Kadet ABDB. Setelah menamatkan latihan tersebut akan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Bertauliah Tetap dalam ABDB bagi berkhidmat dalam ABDB.

"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dikembalikan melalui E- Mail FRO@mindef.gov.bn atau dihantarkan ke:

Pejabat Penggambilan ABDB
Jabanatarah Keanggotaan
B11,Tingkat 2, Simpang 32-66
Flat Anggerek Desa

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB:  2383073 / 2383074 / 2383075