Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF HOSTED EID UL-ADHA PRAYER 1445H

RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 17 June 2024 - Muslims across the nation celebrated Hari Raya Eid Ul-Adha with mass prayers at mosques and suraus throughout the country, including those in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases.

The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the Eid ul-Adha prayer at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) attended by Colonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Deputy Commander of RBAirF, with members of the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, RBAirF personnel, and local residents.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Takbir, followed by the mass sunnat aidiladha prayer led by Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali. The event concluded with a Hari Raya sermon delivered by Warrant Officer (Retired) Shaipin bin Haji Abu Bakar.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN SEMBAHYANG HARI RAYA AIDILADHA 1445H

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 17 Jun 2024 - Umat Islam di Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan Sembahyang Sunat di semua masjid dan surau di seluruh negara, termasuk surau-surau di garrison, perkhemahan, dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba Rimba (PTU Rimba) yang dihadiri oleh Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB, Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota TUDB, dan penduduk awam yang tinggal di Kawasan berhampiran.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan takbir, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah, serta khutbah Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Pegawai Waran (Bersara) Shaipin bin Haji Abu Bakar.