Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PARTICIPATES IN THE GRAND PARADE FOR HIS MAJESTY’S 78TH BIRTHDAY CELEBRATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 15 July 2024 – The capital city ceremoniously held the Grand Parade in commemoration of His Majesty's Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 78th birthday.

The arrival of His Majesty at the Royal Dais at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem and the customary 21-gun salute. Also gracing this event were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office; His Royal Highness Prince 'Abdul Malik; His Royal Highness Prince 'Abdul Mateen; His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah; His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah; and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah and state dignitaries.

A total of 109 airmen represented the Royal Brunei Air Force (RBAirF) in the grand parade where the contingents were led by Major (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya and Captain (U) Pengiran Md Hassanal Arif bin Pengiran Ali Sham respectively. Additionally, Captain (U) Umi Kalthum binti Haji Ramli led the Women Military Personnel contingent in which 25 RBAirF female personnel participated in the Grand Parade.

The parade concluded with three cheers of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik", with the fly-past by a RBAirF's fleet of 07 Blackhawk S70i helicopters, led by Captain (U) Mohamad Aizat bin Jaime and 02 C295MW aircraft led by Major (U) Mohd Adieb bin Abdul Rahman.


PENYERTAAN TUDB DALAM ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-78 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Julai 2024 – Ibu negara pada hari ini telah dimeriahkan dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan bagi menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung ke Pentas Diraja bagi menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaaan serta tembakan Meriam sebanyak 21 das. Turut berangkat bersama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri,, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah beserta Pembesar-Pembesar Negara.

Dalam Istiadat Perbarisan Kehormatan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) diwakili oleh 109 anggota lelaki yang terbahagi kepada dua kontinjen, diketuai oleh Mejar (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya dan Kapten (U) Pengiran Md Hassanal Arif bin Pengiran Ali Sham. Turut serta adalah Kapten (U) Umi Kalthum binti Haji Ramli selaku ketua kawalan Kontinjen Askar Wanita yang mana turut merangkumi 25 anggota wanita TUDB.

Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian serta disusuli dengan terbang lalu pesawat 07 buah Blackhawk S70i TUDB, diketuai oleh Kapten (U) Mohamad Aizat bin Jaime dan 02 buah pesawat C295MW yang diketuai oleh Mejar (U) Mohd Adieb bin Abdul Rahman.