Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF HOLDS KORBAN AND AQIQAH EVENT 1445 HIJRAH

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 18 June 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Korban and Aqiqah Event was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) in conjunction with the Hari Raya Eid Ul-Adha 1445H. A total of 03 buffaloes and 02 goats were sacrificed and the sacrificial meat was  distributed to the RBAirF personnel and residents of Kampong Rimba.

The event was officiated by the Guest of Honour, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF and attended by RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Non-commissioned Officers including participants for the korban.

Notable attendees were Awang Haji Adanan bin Taha @ Awang Mohamad, Pemangku Ketua Kampong Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kg Rimba and 24 Asnaf recipients of Kampong Rimba. The event began with asar prayers followed by the recitation of Takbir Eid Ul-Adha before concluding with the distribution of sacrificial meat to recipients.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1445 HIJRAH

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 18 Jun 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H. Sebanyak 03 ekor kerbau dan 02 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada warga dan anggota-anggota TUDB serta penduduk Kampung Rimba yang dijemput.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB dan dihadiri oleh Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Anggota TUDB termasuk Peserta-Peserta Korban.

Tetamu Khas bagi acara tersebut ialah Awang Haji Adanan bin Taha @ Awang Mohamad, Pemangku Ketua Kampong Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba dan 24 orang daripada golongan Asnaf Kampong Rimba. Acara dimulakan dengan sembahyang Asar berjemaah diikuti dengan laungan Takbir Aidiladha sebelum diakhiri dengan pengagihan daging-daging korban kepada penerima.