Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

GALA NIGHT DINNER IN CONJUNCTION WITH RBAIRF’S 58TH ANNIVERSARY

JERUDONG, Wednesday, 26 June 2024 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) continued its 58th RBAirF's anniversary celebration with a Gala Night Dinner which was attended around 750 RBAirF Senior Officers, Officers, Airmen, Airwomen, Civilian personnel and spouses held in Jerudong.

Gracing the event were His Royal Highness Paduka Seri Major (U) Prince 'Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah and Her Highness Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam who were greeted by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF and Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Spouse of Commander RBAirF. ​

The evening commenced with welcoming His Royal Highness Paduka Seri Major (U) Prince 'Abdul Mateen and Her Highness Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah to a Silat performance demonstrated by RBAirF's Pencak Silat team. This was followed by a group photo session and proceeded with introducing His Royal Highness Paduka Seri Major (U) Prince 'Abdul Mateen and Her Highness Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah to RBAirF personnel consisting of airmen and airwomen who have accomplished various achievements locally and abroad. The ceremony then proceeded with a speech delivered by the Commander of RBAirF complemented by video presentation.

The evening continued to entertain attendees with remarkable performances by RBAirF's talented personnel performing live songs supported by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) band. His Royal Highness Paduka Seri Major (U) Prince 'Abdul Mateen and Her Highness Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah graced the ceremony once again by presenting the prizes to the best male singer, Lance Corporal (U) Aediesopian bin Hj Ismail and best female singer, Captain (U) Norasiah binti Hussin. More excitement filled the hall as the night continued with lucky draws being awarded to lucky winners making it another highlight of the night.

As the evening progressed, the atmosphere swelled with proud moments and heartfelt connections as it was not only a celebration of RBAirF's achievements and milestones but an invaluable opportunity to bolster the camaraderie and esprit de corps among personnel, making it an unforgettable occasion for all in attendance. The gala night dinner not only honoured past successes but also set the platform for future endeavours to inspire years to come.


MAJLIS MAKAN MALAM GALA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB KE-58

JERUDONG, Rabu, 26 Jun 2024 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) meneruskan sambutan Hari Ulang Tahun TUDB Ke-58 dengan Majlis Makan Malam Gala yang 

mana dihadiri oleh kira-kira 750 Pegawai Kanan, Pegawai, Anggota, Penjawat Awam TUDB dan pasangan yang diadakan di Jerudong.

Berangkat ke Majlis berkenan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam yang telah disambut oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB bersama Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Isteri Pemerintah TUDB.

Untuk memulakan malam tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah berkenan disambut dengan persembahan Silat yang dipersembahkan oleh Pasukan Silat TUDB yang diikuti dengan bergambar ramai dan diteruskan lagi dengan sesi berziarah untuk disembah kenalkan ke anggota TUDB yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota yang telah meraih pencapaian tempatan dan di luar negara. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh Pemerintah TUDB, dilengkapi dengan tayangan video.

Malam diteruskan lagi dengan menghibur tetamu dengan persembahan yang menarik oleh anggota TUDB menyanyikan lagu secara langsung yang disokong oleh Pasukan pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah sekali lagi berkenan menyerikan majlis dengan menyampaikan hadiah-hadiah kepada penyanyi lelaki terbaik, iaitu Lans Korporal (U) Aediesopian bin Hj Ismail dan penyanyi wanita terbaik, Kapten (U) Norasiah binti Hussin. Kemeriahan memenuhi dewan tersebut apabila malam diteruskan lagi dengan cabutan undian bertuah yang diberikan kepada pemenang yang bertuah menjadikannya sebagai salah satu acara kemuncak pada malam tersebut.

Seiring berjalannya majlis tersebut, suasana malam itu dipenuhi dengan detik-detik yang membanggakan dan hubungan yang tulus dimana ianya bukan sahaja untuk meraikan Hari Ulang Tahun dan pencapaian TUDB tetapi juga ianya peluang yang tidak ternilai untuk mengeratkan lagi hubungan dan esprit de corps di kalangan anggota, menjadikan ia satu majlis yang berharga bagi semua yang hadir.

Malam tersebut bukan saja meraikan hari ulang tahun dan pencapaian TUDB, ianya juga peluang untuk mengeratkan lagi hubungan dan esprit de corps di kalangan anggota TUDB, menjadikannya satu acara yang tidak dapat dilupakan bagi semua yang hadir. Majlis Makan Malam Gala ini bukan sahaja dapat meraikan kejayaan sebelumnya tetapi ianya juga meletakkan asas untuk usaha di masa hadapan, memberi inspirasi dan memperkasa untuk tahun yang akan datang. Majlis Makan Malam Gala bukan sahaja untuk memberi penghormatan untuk kejayaan masa lalu tetapi untuk menetapkan platform untuk masa hadapan untuk menginspirasi tahun yang akan datang.