Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI AIRFORCE HELD THE OPENING OF DIKIR MAULUD 1444H/2022M

RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 26 September 2022 – As an expression of gratitude and love to Prophet Muhammad (PBUH) and to seek blessings from Allah Subhanahu wa Ta'ala, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the opening for Dikir Maulud to commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH). 

The event which was organised by Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department (JAMA'AT) held concurrently in all RBAF suraus. Present in attendance at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB), was Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Commander Operations Group of RBAirF. Also present were Senior Officers, Officers and personnel of the RBAirF.

The event commenced after the Maghrib prayer, with the recitation of Sayyidul Istighfar and Tazkirah by Imam Yazid bin Haji Johari. The event then proceeded with the recitation Dikir Assalammu'alaika, Isya' Prayers and concludes with Dikir Marhaban and the recitation of Doa Peliharakan Sultan. The event will be held for twelve consecutive nights in all RBAF suraus. 

​​





TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD 1444H/2022M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 26 September 2022 – Dalam menzahirkan rasa syukur dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, dan memohon ganjaran pahala serta syafaat baginda, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan malam pembukaan Majlis Dikir Maulud bagi memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang dikelolakan oleh Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT).

Hadir di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba ialah Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB. Turut hadir bagi memeriahkan pada acara tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota TUDB.

Majlis dimulakan selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib, dimulakan dengan laungan bacaan Sayyidul Istighfar dan Tazkirah yang disampaikan oleh Imam Yazid bin Haji Johari. Majlis diteruskan dengan bacaan Dikir Assakamu'alaika, Sembahyang Fardhu Isya' dan diakhiri dengan bacaan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan. Majlis ini akan dilaksanakan selama dua belas (12) malam berturut-turut di seluruh surau di Perkhemahan ABDB.