Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF HOSTS EDUCATIONAL VISIT FOR FASTRACKIDS INTERNATIONAL ACADEMY STUDENTS

Rimba, Wednesday, 23 October 2024 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) recently welcomed 60 visitors from FASTRACKIDS (B) International Academy, Telanai to Rimba Air Force Base. The group, consisting of students, parents, and teachers, were given an immersive experience designed to foster greater understanding of the RBAirF's operations and capabilities.

The visit began with a briefing upon their arrival at Hangar A, providing an introduction to the RBAirF's role within the Royal Brunei Armed Forces. Visitors were then given an up-close look at RBAirF aircraft, equipment, and assets, offering insight into the operational capabilities of the air force.

Interactive activities formed a key part of the visit, with students engaging in hands-on experiences, such as handling equipment and trying on RBAirF uniforms. The highlight for many was the guided tour of various aircraft, where students had the opportunity to learn more about the technology and operations behind Brunei's air defence.

The visit concluded with a group photo session, marking the end of a day filled with enriching experiences aimed at broadening the students' knowledge and personal development. The RBAirF remains committed to supporting educational outreach initiatives that inspire future generations and foster closer ties with the community.


TUDB TERIMA LAWATAN DARI FASTRACKIDS INTERNATIONAL ACADEMY

Rimba, Rabu, 23 October 2024 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) baru-baru ini menerima kunjungan seramai 60 orang pelawat dari FASTRACKIDS (B) International Academy, Telanai, ke Pangkalan Tentera Udara Rimba. Lawatan tersebut membolehkan kumpulan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, dan guru-guru ini untuk memahami dengan lebih dalam lagi tentang operasi dan keupayaan TUDB.

Lawatan bermula dengan satu taklimat di Hangar A, di mana para pelawat diperkenalkan kepada peranan TUDB dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seterusnya, mereka diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat pesawat dan aset-aset TUDB, sekaligus memperlihatkan keupayaan operasi yang terdapat di TUDB.

Aktiviti interaktif merupakan salah satu elemen utama lawatan ini, di mana pelajar berpeluang mengendalikan peralatan, mencuba pakaian seragam TUDB, serta tour ke pelbagai jenis pesawat. Ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi dan operasi pertahanan udara Brunei.

Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai, sebagai kenang-kenangan bagi hari yang penuh dengan pengalaman berharga dan pengetahuan dan perkembangan yang bermakna bagi peribadi pelajar. TUDB sentiasa komited untuk menyokong inisiatif pendidikan yang memberi inspirasi kepada generasi akan datang, sekaligus mengeratkan hubungan dengan komuniti.