Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

OPENING CEREMONY MANDATORY INTERVENTION COUNSELING PROGRAMME (PIKM) FOR RBAirF PERSONNEL


BOLKIAH GARRISON, Friday, 19 May 2023 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) organized Mandatory Intervention Counseling Programme which was held at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) PRIHATIN Centre, Bolkiah Garrison. This program is assisted by RBAirF Welfare Unit with collaboration from RBAF Pusat PRIHATIN officially commenced on 19 May 2023 and will conclude on 14 July 2023.

Present at the Opening Ceremony as Guest of Honor was Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF, who is also the program advisor. Also in attendance were officers and staff of No. 2 Wing, RBAirF Welfare Cell, and RBAF PRIHATIN Centre, Bolkiah Garrison, as well as family members of the trainee.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and proceeded with the welcoming remarks from the Guest of Honour. The RBAF Pusat PRIHATIN supervisor continued with a brief introduction before the signing of an agreement between the trainee, their parents and the RBAF Pusat PRIHATIN supervisor. The ceremony was then concluded with a Closing Doa.

This goal of the program is to offer rehabilitation through various counseling sessions as well as possibilities and advice for the trainee to adopt a healthier lifestyle, improve their life skills, and most significantly, to provide better emotional management as guidance. The para-counselor for this program is chosen specifically among competent para-counselor staff under the RBAirF Welfare Cell, which serves as a vital learning and experience environment for counseling-related topics.



MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM INTERVENSI KAUNSELING MANDATORI (PIKM) BAGI ANGGOTA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

BOLKIAH GARISON, Juma’at, 19 Mei 2023 – Cawangan No.2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menganjurkan Program Intervensi Kaunseling Mandatori (PIKM) yang diadakan di Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Bolkiah Garison. Program ini dibantu oleh Unit Kesejahteraan TUDB dengan kerjasama Pusat PRIHATIN ABDB yang telah bermula secara rasmi pada 19 Mei 2023 dan akan berakhir pada 14 Julai 2023.

Hadir pada Majlis Pembukaan program tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB, yang juga selaku penasihat program. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan dari Cawangan No. 2, Sel Kesejahteraan TUDB, dan Pusat PRIHATIN ABDB, Bolkiah Garrison, serta ahli keluarga pelatih.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan kata-kata aluan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat. Penyelia Pusat PRIHATIN ABDB kemudiannya memberikan taklimat pengenalan ringkas sebelum majlis menandatangani perjanjian antara pelatih dengan ibu bapanya dan penyelia Pusat PRIHATIN ABDB. Majlis ditutup dengan bacaan Doa Penutup.

Antara matlamat program ini ialah untuk menawarkan pemulihan melalui pelbagai sesi kaunseling serta khidmat dan nasihat kepada pelatih untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Disamping itu, program ini diharap akan dapat meningkatkan kemahiran hidup pelatih, menyediakan pengurusan emosi yang lebih baik sebagai panduan untuk mengurus. Para-kaunselor untuk program ini telah dipilih secara khusus dari kalangan kakitangan para-kaunselor di bawah Sel Kesejahteraan TUDB, yang diharap akan berpeluang mempraktikan pembelajaran dan pengalaman dalam bidang kaunseling.