RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 04 January 2024 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) celebrated its Silver Jubilee Anniversary in conjunction of 25 years establishment of the Air Regiment since 04 January 1999. The highlight of the celebration includes a 2-day event of Thanksgiving event and Parade Ceremony which were held on 03 January and 04 January 2024.
The event commenced with the Thanksgiving event which included the mass recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Selamat as well as Asar prayers at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB), led by Muhammad Fathurrahman bin Haji A. Matali, the Imam of Surau Al-Barakah.
The event continued with a Parade Ceremony at No. 2 Wing Headquarters, Rimba AFB. A total of 186 personnel with 04 contingents, led by Captain (U) Mohd Alauddin bin Awang Haji Besar, participated to officially commemorate the Silver Jubilee anniversary. Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, the Commanding Officer of No. 2 Wing. The parade began with the recitation of Surah Al-fatihah led by Muhammad Fathurrahman bin Haji A. Matali followed by a speech from the Guest of Honour.
The ceremony progressed to the unveiling of the Silver Jubilee Anniversary Logo, created specifically for this milestone. This emblem features the number "25", signifying the 25 years since the founding of No. 2 Wing. It incorporates symbols of a bayonet and an archer, representing the unit's dual focus on Air and Base Defence, the fundamental elements of No. 2 Wing. Additionally, the logo proudly displays the map of Brunei, demonstrating the nation is safeguarded by No. 2 Wing. The event concluded in a photo session with all attendees.
In conjunction with the Silver Jubilee anniversary, No. 2 Wing also conducted several community activities at the end of the year 2023. The community activities consisted of organizing Blood Donations campaign at Dewan Punai and Cleaning Campaigns at Masjid Kampong Lambak Kiri and Pusat Kaca as part of their community service.




SAMBUTAN JUBLI PERAK CAWANGAN NO. 2, KUMPULAN GERAKAN, TUDB.
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Khamis, 04 Januari 2024 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) merayakan sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan Rejimen Udara pada 04 Januari 1999. Acara kemuncak selama 2 hari terdiri dari Majlis Doa Kesyukuran dan Acara Perbarisan yang di adakan pada 03 Januari dan 04 Januari 2024.
Acara pertama yang dikendalikan ialah Majlis Doa Kesyukuran dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Solat Jemaah Fardhu Asar di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba), yang diketuai oleh Muhammad Fathurrahman bin Haji A. Matali, Imam Surau Al-Barakah.
Bagi memperingati Hari Ulang Tahun Jubli Perak, acara perbarisan telah berlangsung di Markas Cawangan No. 2 Seramai 186 anggota dengan 04 kontinjen diketuai oleh Kapten (U) Mohd Alauddin bin Awang Haji Besar. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah, Cawangan No. 2. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Muhammad Fathurrahman bin Haji A. Matali diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.
Acara diteruskan dengan pelancaran Logo Ulang Tahun Jubli Perak, yang dicipta khusus untuk acara penting ini. Lambang yang menampilkan angka "25" menandakan 25 tahun sejak penubuhan Rejimen Udara. Ia menggabungkan simbol
bayonet dan pemanah, refleksi terhadap Pertahanan Udara dan Pertahanan Pangkalan, elemen asas Rejimen Udara. Selain itu, logo ini juga memaparkan peta Negara Brunei Darussalam, yang melambangkan negara yang dilindungi oleh Rejimen Udara sejak 25 tahun yang lalu. Acara ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama semua peserta.
Aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan juga telah dijalankan seperti mengadakan Kempen Derma Darah di Dewan Punai dan Kempen Kebersihan yang diadakankan di Masjid Kampong Lambak Kiri dan Pusat Kaca pada penghujung tahun 2023 sempena Jubli Perak Cawangan No. 2.


