Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF DELEGATIONS PARTICIPATED IN TARAWIH AND TADARUS AL-QUR’AN THROUGHOUT BRUNEI DARUSSALAM

TEMBURONG, Monday, 25 March 2024 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) delegations participated in the Tarawih and Tadarus Al-Quran across multiple days and locations spanning the four districts of Brunei Darussalam. The event, organised by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate (JAMA'AT), Ministry of Defence, coincided with the observance of the holy month of Ramadhan.

Among the notable locations the RBAirF delegations attended in were the Kampong Puni Mosque and  Kampong Rataie Mosque in Temburong, Kampong Labi Mosque in Belait, Kampong Lamunin Mosque in Tutong and Surau Al-Huda at the Muara Naval Base.

Leading the RBAirF delegation at Kampong Puni Mosque in Temburong was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of the RBAirF together with senior officers, officers and personnel.

The RBAirF delegations participated with the local congregation in mass Isya' Prayers, followed by Sunnat Tarawih, Witir prayers and proceeded with Tadarus Al-Qur'an. The event concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam. This event is aimed to further enrich the blessed month of Ramadhan Al-Mubarak while hoping for multiplied rewards through virtuous deeds.


ROMBONGAN TUDB SERTAI SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH DAN TADARUS AL-QUR'AN​

TEMBURONG, Isnin, 25 Mac 2024 – Rombongan dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menyertai Majlis Tarawih dan Tadarus Al-Quran yang diadakan dalam beberapa hari dan lokasi yang merangkumi empat daerah di Negara Brunei Darussalam. Majlis ini dikendalikan oleh Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) (JAMA'AT), Kementerian Pertahanan sempena bulan suci Ramadhan.

Diantara masjid dan surau yang disertai oleh rombongan TUDB adalah Masjid Kg Puni dan Masjid Kampong Rataie di Daerah Temburong, Masjid Kampong Labi di Daerah Belait, Masjid Kampong Lamunin di Daerah Tutong dan Surau Al-Huda di Pangkalan Tentera Laut Muara.

Mengetuai rombongan di Masjid Kampong Puni, Daerah Temburong ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB bersama  Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB.

Rombongan TUDB telahpun menyertai para jemaah awam dalam Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah, Sembahyang Sunat Tarawih, Witir yang diikuti dengan Tadarus Al-Quran. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis ini bertujuan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak selain mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda dengan amalan berkebajikan.