Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

HANDOVER TAKEOVER CEREMONY OF COMMANDING OFFICER NO. 1 WING, OPERATIONS GROUP, RBAirF

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 26 March 2024 - No. 1 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Handover Ceremony between Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie, the outgoing Commanding Officer No. 1 Wing, and Lieutenant Colonel (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah, the incoming Commanding Officer No. 1 Wing, at Dewan Punai, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

The ceremony commenced with a recitation of Surah Al-Fatihah and verses from the Holy Al-Quran by Private (U) Mohammad Iqbal Hibatullah @ Hilal bin Mohammad Rushidi. It proceeded with a farewell speech from the outgoing Commanding Officer, who praised No. 1 Wing's accomplishments and ability to overcome the challenges and hardships during his tenure. The ceremony then continued with the signing of the Handover-Takeover Certificate, marking the official transfer of duties and responsibilities of Commanding Officer No. 1 Wing, Operations Group to Lieutenant Colonel (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah.

The ceremony concluded with the recitation of Doa led by Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali. Present to witness the ceremony were the Squadron Commanders, Officers, Senior Ranks and personnel of No. 1 Wing, Operations Group, RBAirF.​


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 1, KUMPULAN GERAKAN, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 26 Mac 2024 - Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 diantara Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie, Mantan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 dan Leftenan Kolonel (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 yang baru bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Soldadu (U) Mohammad Iqbal Hibatullah @ Hilal bin Mohammad Rushidi. Majlis diteruskan dengan ucapan dari mantan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 dimana beliau memuji pencapaian dan kebolehan Cawangan No. 1 dalam menghadapi cabaran dan rintangan semasa tempoh beliau sebagai Pegawai Pemerintah. Majlis diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, secara rasmi kepada Leftenan Kolonel (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang diketuai oleh Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali. Turut hadir untuk menyaksikan upacara tersebut adalah Pegawai-pegawai Memerintah Skuadron, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan anggota-anggota tentera Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, TUDB.