Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF MIDDLE MANAGEMENT OFFICERS SESSION WITH RBAirF COMMANDER

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 19 April 2024 – An informal interaction session for Royal Brunei Air Force (RBAirF) middle management officers was held as part of an initiative to enhance organisational effectiveness. The session aims to foster open communication through engagements and discussions with senior leadership of RBAirF.

Middle Management Officers of the rank of Major had an invaluable opportunity to interact and engage directly with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF at the Alap-Alap Room, RBAirF Headquarters.

The informal session provided officers with a conducive environment to engage and discuss with the Commander of RBAirF on various topics, including competence in respective vocations, effective communication, integrity, empowerment, decision-making processes, and leading by example.

This interactive platform also facilitated direct insights from the RBAirF commander, enabling officers to gain valuable perspectives and guidance on addressing organisational challenges. The exchange of ideas and concerns is anticipated to contribute significantly to the ongoing efforts to optimise the functioning of the RBAirF.


SESI PEMERINTAH TUDB BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI TUDB YANG BERPANGKAT MEJAR

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 19 April 2024 - Sebuah sesi interaksi bagi Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) berpangkat Mejar telah diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan organisasi. Sesi ini bertujuan untuk memberikan peluang bagi berinteraksi secara terbuka bersama Pegawai Kanan TUDB.

Pegawai-pegawai berpangkat Mejar berpeluang untuk berinteraksi bersama Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB di Bilik Alap-alap, Markas TUDB.

Sesi interaksi secara tidak formal ini menyediakan Pegawai-pegawai dengan suasana yang kondusif untuk berbincang bersama Pemerintah TUDB mengenai pelbagai topik, yang termasuk kecekapan dalam kerjaya masing-masing, cara berkomunikasi yang berkesan, integriti, pemerkasaan, proses membuat keputusan dan memimpin melalui teladan.

Platform interaktif ini juga turut memberikan peluang Pegawai-pegawai untuk mendapatkan pandangan dan saranan Pemerintah TUDB secara langsung yang memperbolehkan Pegawai-pegawai menimba perspektif dan panduan dalam menangani cabaran organisasi. Pertukaran idea dan kebimbangan dijangka dapat menyumbang kepada usaha berterusan bagi meningkatkan fungsi TUDB.