Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO 5 WING CELEBRATES HARI RAYA AIDILFITRI

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 25 April 2024 - A vibrant and joyous Aidilfitri Celebration was held today at Hangar B and organised by the No. 5 wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF). Amongst the distinguished guests were Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, RBAirF Board of Executives, Senior Officers and Staffs of RBAirF.

Lieutenant Colonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Commanding Officer of No.5 Wing, alongside Senior Engineering Officers and personnel of No. 5 Wing welcomed the guests with a delightful array of delicacies and beverages, curated specially by each squadron. The event commenced with a group photo and followed by a meet and greet session. The Commander also took the opportunity to visit the creatively decorated booths and interact with all the No. 5 Wing personnel and civilian bays.

An Open Office event organised by RBAirF Headquarter and Wing Headquarters for the Hari Raya Aidilfitri celebration is a tradition of RBAirF to come together in expressing the gratitude with vibrant, joyous and positive aura to strengthen relationship, esprit de corps and teamwork among all RBAirF personnel.


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI CAWANGAN NO.5

PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI, Khamis, 25 April 2024 - Sambutan Aidilfitri yang meriah telah diadakan di Hangar B dan dianjurkan oleh Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Di antara tetamu khas yang hadir ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota-anggota dan Kakitangan TUDB.

Leftenan Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, bersama Pegawai Kejuruteraan Kanan dan anggota Cawangan No. 5, mengalu-alukan tetamu dengan pelbagai juadah dan minuman, disediakan khas oleh setiap skuadron. Acara dimulakan dengan bergambar ramai dan diikuti dengan sesi bersua muka dan bersalam-salaman. Pemerintah TUDB juga mengambil kesempatan untuk melawat pondok yang dihias secara kreatif dan berinteraksi dengan semua anggota Cawangan No. 5 dan penjawat awam.

Acara Open Office untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Markas TUDB dan Markas Cawangan ialah tradisi TUDB untuk berkumpul bersama bagi menzahirkan rasa bersyukur dan semangat dengan aura yang positif untuk mengeratkan lagi hubungan esprit de corps dan kerja berpasukan di kalangan semua warga TUDB.