Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JERUDONG INTERNATIONAL SCHOOL EDUCATIONAL VISIT TO ROYAL BRUNEI AIR FORCE (RBAirF)

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 25 April 2024 - A group comprising 60 students and 13 teachers from the Jerudong International School conducted an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF).

The group was welcomed with an introduction to RBAirF by Lieutenant (U) Mohammad Dziqry Dzakirin bin Awang Mohd. Johari and a tour to the  static display which showcased some of the RBAirF assets and equipment. The visit also includes activities for the students, enabling them to interact with RBAirF personnel and have hands-on experience with the assets.

The aims of this educational visit are to gain a memorable and enriching experience for the kindergarten students, offering them insights into aviation, technology, history, and RBAirF in general.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH ANTARABANGSA JERUDONG KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (TUDB)

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 25 April 2024 - Rombongan yang terdiri daripada 60 pelajar dan 13 guru dari Sekolah Antarabangsa Jerudong telah membuat lawatan sambil belajar ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Rombongan disambut dengan taklimat pengenalan TUDB oleh Leftenan (U) Mohammad Dziqry Dzakirin bin Awang Mohd. Johari yang diikuti dengan lawatan pameran statik yang memaparkan beberapa aset dan peralatan TUDB. Lawatan juga menyediakan beberapa aktiviti untuk pelajar yang membolehkan mereka berinteraksi dengan anggota TUDB dan mendapatkan pengalaman secara langsung dengan aset-aset tersebut.

Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberikan murid mendapatkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan bermanfaat dan memberikan gambaran lebih dekat pada bidang penerbangan, teknologi, sejarah dan TUDB secara amnya.