Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF CELEBRATES ISLAMIC ILAL HIJRAH 1446H

​RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 06 July 2024 – To mark the beginning of the New Islamic Year 1446H, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a mass prayer and recitation of Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). 

Present during the event was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of RBAirF, RBAirF's Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen and public congregants to commemorate the Islamic Ilal Hijrah 1446H celebration.

The event commenced with the recitation of Doa Akhir Tahun Hijrah 1445H followed by a mass Maghrib Prayer followed with the recitation of Doa Awal Tahun 1446H and recital of Surah Yaasin. The event concluded with a mass Isya' prayer and recitation of Surah Al-Mulk led by Imam Surau Al-Barakah.

May the arrival of New Islamic Year 1446H bring us all blessings and mercy from Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446H

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 06 Julai 2024 - Bagi menandakan permulaan Sambutan Ilal Hijrah 1446H, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan sembahyang berjemaah dan bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir semasa majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB, Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota TUDB dan jemaah awam untuk menyemarakkan lagi sambutan Ilal Hijrah 1446H.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1445H dan diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya membaca Doa Awal Tahun 1446H, bacaan Surah Yaasin dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isya berjemaah dan bacaan Surah Al-Mulk yang dikepalai oleh Imam Surau Al-Barakah.

Semoga dengan ketibaan Tahun Baru Hijrah 1446 dapat membawa kita semua kearah keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.