Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CHIEF OF AIR FORCE ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE PRESENTED WITH THE RBAirF HONORARY PILOT WING

​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 12 August 2024 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF, Chief of Air Force Royal Malaysian Air Force (RMAF) was presented with the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing in recognition for the significant contributions in enhancing defence collaboration between the RBAirF and the RMAF.

Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF, together with his spouse Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan and delegation are in Brunei Darussalam for the Official Introductory Visit to RBAirF. Upon arrival at the RBAirF Headquarters, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan RMAF, received the honorary salute by the RBAirF Guard of Honour followed by a courtesy call to Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF. The ceremony was then followed with the RBAirF Honorary Pilot Wing Presentation to Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF, by the Commander of the RBAirF.

Subsequently, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF was invited to an overview brief of the RBAirF, highlighting its capabilities, recent achievements and future plans of RBAirF .

Chief of Royal Malaysian Air Force, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan RMAF also paid a courtesy call to Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF was appointed as the Chief of Air Force of the Royal Malaysian Air Force  in March 2022.


PANGLIMA TENTERA UDARA, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DIANUGERAH LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 12 Ogos 2024 – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dikurniakan kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai penghargaan jasa atas sumbangan yang signifikan dalam meningkatkan kerjasama pertahanan antara TUDB dan TUDM.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, berserta isteri, Yang Berbahagia Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi Kunjungan Pengenalan Rasmi ke TUDB. Sejurus tiba di Markas TUDB, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM disambut dengan Tabik Hormat daripada barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota TUDB dan diteruskan dengan Kunjungan Hormat kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji ibrahim, Pemerintah TUDB. Upacara diikuti dengan Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang telah disempurnakan oleh Pemerintah TUDB.

Seterusnya, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dijemput bagi menghadiri taklimat mengenai TUDB yang merangkumi keupayaan, pencapaian terkini dan perancangan masa hadapan TUDB.

Setelah itu, Panglima Tentera Udara TUDM Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, turut membuat panggilan hormat kepada kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah dilantik sebagai Panglima Tentera Udara TUDM pada Mac 2022.