Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO. 5 WING, SUPPORT GROUP, ROYAL BRUNEI AIR FORCE CELEBRATES ITS 9TH ANNIVERSARY

RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 09 September 2024 – No. 5 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) celebrated its ninth anniversary, marking a significant milestone since its establishment as an independent wing in 2015. Formerly a part of the Logistics Wing, the dedicated personnel of No. 5 Wing now focus their efforts on enhancing the serviceability of aircraft, ensuring optimal operational readiness.

The anniversary event commenced with a parade featuring engineers and technicians of No. 5 Wing that was led by Captain (U) Muhammad Hifdzullah bin Haji Mat Yamin. The event was followed by a speech from the Acting Commanding Officer, Major (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris which highlighted the wing's efforts in maintaining aircraft serviceability; a testament to the hard work and expertise of the wing's personnel.

"We are deeply grateful for the hard work and dedication of our personnel, who have consistently strived to improve aircraft serviceability," stated the Acting Commanding Officer. This commitment ensures that No. 5 Wing remains a vital asset in supporting the RBAirF's operational tasks and contributing to the nation's defence.

The celebratory atmosphere continued with a cake-cutting ceremony and a group photo capturing the camaraderie and shared pride of the No. 5 Wing. The event concluded with the recitation of Doa Selamat led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.


CAWANGAN NO. 5, KUMPULAN BANTU, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE-9 TAHUN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 09 September 2024 – Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah meraikan ulang tahun ke-9, menandakan satu pencapaian penting sejak penubuhannya sebagai cawangan di bawah pentadbiran sendiri pada tahun 2015. Pada asalnya sebahagian daripada Cawangan Logistik, Cawangan No. 5 kini memberi tumpuan untuk meningkatkan kebolehsediaan pesawat dan memastikan kesiapsiagaan operasi yang optimum.

Upacara ulang tahun dimulakan dengan perbarisan yang menampilkan jurutera dan juruteknik Cawangan No. 5 yang diketuai oleh Kapten (U) Muhammad Hifdzullah bin Haji Mat Yamin. Acara disusuli dengan ucapan daripada Pemangku Pegawai Pemerintah, Mejar (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris yang mengetengahkan usaha cawangan itu dalam mengekalkan perkhidmatan pesawat; bukti kerja keras dan kepakaran kakitangan cawangan itu.

"Kami amat berterima kasih atas kerja keras dan dedikasi anggota kami, yang secara konsisten berusaha untuk meningkatkan kebolehgunaan pesawat," kata Pemangku Pegawai Pemerintah. Komitmen ini memastikan bahawa Cawangan No. 5 kekal sebagai aset penting dalam menyokong tugas operasi TUDB dan menyumbang kepada pertahanan negara.

Upacara diteruskan dengan sesi memotong kek dan bergambar beramai merakamkan kemesraan dan berkongsi kebanggaan Cawangan No. 5. Upacara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.