Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF OFFICER CLINCHES GOLD AT 13TH MALAYSIA OPEN FENCING CHAMPIONSHIP

MALAYSIA, Wednesday, 11 September 2024 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) proudly congratulates Lieutenant (U) Hajah Anis Sabrina binti Hj Yahya, Staff Officer Grade 3 for A6 Communication and Information Systems (CIS), on her remarkable achievement at the 13th Malaysia Open Fencing Championship held in Kuala Lumpur, Malaysia from 07 to 09 September 2024. Competing in the women's sabre event, Lieutenant (U) Hajah Anis secured the gold medal after a thrilling 15-14 victory over Nur Irdina Amani Imran of Malaysia, finishing first in a competitive field of 22 participants.

Her triumph not only brings pride to the RBAirF but also serves as an inspiration to all personnel, showcasing the value of perseverance and excellence in all endeavours. Lieutenant (U) Hajah Anis' achievement highlights the diverse talents within the organisation and the importance of balancing personal ambitions with the duties of serving the nation.

The RBAirF is unwavering in its commitment to supporting the development of its personnel. This commitment extends to all aspects of their careers, including sports and physical fitness. Lieutenant (U) Hajah Anis' accomplishment underscores the value of discipline and resilience in achieving excellence in and out of uniform, and serves as a testament to the RBAirF's dedication to its personnel's holistic development.

The RBAirF is filled with immense pride in Lieutenant (U) Hajah Anis' achievements and looks forward to her continued success.


PEGAWAI TENTERA UDARA RAIH EMAS DI KEJOHANAN LAWAN PEDANG TERBUKA MALAYSIA KE-13

MALAYSIA, Rabu, 11 September 2024 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada Leftenan (U) Hajah Anis Sabrina binti Hj Yahya, Penolong Pegawai Turus A6 Perhubungan dan Sistem Maklumat (PSM), di atas pencapaian cemerlangnya di Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Malaysia ke-13 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia dari 7 hingga 9 September 2024. Bertanding dalam acara lawan pedang sabre wanita, Leftenan (U) Hajah Anis memperoleh pingat emas selepas kemenangan 15-14 ke atas Nur Irdina Amani Imran dari Malaysia, menduduki tempat pertama dalam saingan 22 peserta.

Kejayaan beliau bukan sahaja membawa kebanggaan kepada TUDB tetapi juga menjadi inspirasi kepada semua anggota, mempamerkan nilai ketabahan dan kecemerlangan dalam semua usaha. Pencapaian Leftenan (U) Hajah Anis menonjolkan kepelbagaian bakat dalam organisasi TUDB dan kepentingan mengimbangi cita-cita peribadi dengan tugas berkhidmat untuk negara.

TUDB tidak berbelah bahagi dalam komitmennya untuk menyokong pembangunan kakitangannya. Komitmen ini meliputi semua aspek kerjaya mereka, termasuk sukan dan kecergasan fizikal. Pencapaian Leftenan (U) Hajah Anis menekankan nilai disiplin dan daya tahan dalam mencapai kecemerlangan dalam dan luar pakaian seragam, dan menjadi bukti kepada dedikasi TUDB terhadap pembangunan holistik kakitangannya.

TUDB amat berbangga dengan pencapaian Leftenan (U) Hajah Anis dan mengharapkan kejayaan berterusan beliau.