Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CLOSING CEREMONY AND CERTIFICATE PRESENTATION FOR THE SENIOR NON-COMMISSIONED LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE SERIAL 02/ 2024

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 27 September 2024 – The Closing Ceremony for the Senior Rank Leadership and Management Course Serial 02/2024 was held for 28 Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel, 02 from Joint Force Headquarters personnel and 01 from Royal Malaysian Air Force (RMAF) at Dewan Punai, Rimba Air Force Base.

The five-week course that commenced from 26 August 2024 until 27 September 2024 equips participants with the knowledge, skills and mindsets to become competent and confident leaders in performing their duties and responsibilities effectively. Major (U) Mohammad Nashriq Bin Moksin, Acting Commanding Officer No. 8 Wing, Training Group, RBAirF graced the ceremony by presenting Certificates to course participants and awards to the outstanding students.

The Best Overall Student Award and Best Presentation was awarded to Sergeant (U) Muhammad Hazwan bin Khalid, Best Academic Award was awarded to Sergeant (U) Mohammad Haiezul Hazmi bin Mohammad Hassan, Best in Practical was awarded to Sergeant  (U) Remeadynata bin Abdul Rahman, Best Essay Writing was awarded to Sergeant  (U) Ridzuan bin Bakir, Best Individual Presentation Award was Sergeant (U) Nurhamizah binti Taha and the Best Syndicate was awarded to Syndicate 1.


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PTB KANAN SIRI 02/ 2024

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 27 September 2024 – Majlis Penutup bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan PTB Kanan Siri 02/2024 telah diadakan bagi 28 anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dua anggota dari Markas Angkatan Bersama dan satu anggota dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Kursus selama minggu tersebut yang bermula pada 26 Ogos 2024 hingga 27 September 2024 telah melengkapi peserta kursus dengan pengetahuan, kemahiran dan minda untuk menjadi lebih cekap dan berkeyakinan untuk memimpin kakitangan bawahan serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan. Mejar (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, Pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan No. 8, TUDB hadir ke majlis tersebut dan menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus dan anugerah-anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.

Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Terbaik Pembentangan Perseorangan dianugerahkan kepada Sarjan (U) Muhammad Hazwan bin Khalid, Penuntut Terbaik Akademik dianugerahkan kepada Sarjan (U) Mohammad Haiezul Hazmi bin Mohammad Hassan, Penuntut Terbaik Amali dianugerahkan kepada Sarjan (U) Remeadynata bin Abdul Rahman,  Penuntut Terbaik Penerbitan Esei dianugerahkan kepada Sarjan (U) Ridzuan bin Bakir, Penuntut Terbaik Pembentangan Perseorangan dianugerahkan kepada Sarjan (U) Nurhamizah binti Taha dan Sindiket Terbaik disandang oleh Sindiket 1.