Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CERTIFICATE PRESENTATION AND CLOSING CEREMONY FOR THE BASIC CLERK COURSE 2024

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 3 October 2024 - The Basic Clerk Course 2024, aimed at enhancing clerical skills and ensuring administrative excellence in the Royal Brunei Air Force (RBAirF), concluded with a closing ceremony and the certificate presentation at Punai Hall, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). The six-week course, conducted by 82 Squadron, No. 8 Wing, RBAirF, plays a crucial role in equipping personnel with essential administrative skills that are aligned with Royal Brunei Armed Forces (RBAF) standards and protocols.

A total of 12 personnel from various units of the RBAirF including the Ministry of Defence, participated in the course, which ran from 28 August to 4 October 2024. Major (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, Acting Commanding Officer of No. 8 Wing praised the participants' dedication throughout the course and highlighted their growth in confidence, critical thinking, and teamwork. He also emphasises the importance of lifelong learning and encourages participants to continuously improve in order to become effective in their daily tasks.

Special recognition was given to stand out participants, with Private (U) Muhammad Hamizan bin Mohammad Azmi receiving the Best Overall and Best Practical Student awards for his outstanding performance throughout the course. Private (U) Md Azamuddin Aqil bin Abd Shari was honoured as the Best Academic Student, while Private (U) Mohd Hasbi bin Ismail was awarded Best Typing Skills.


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS KERANI ASAS 2024

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 3 Oktober 2024 – Kursus Asas Kerani 2024 yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran perkeranian dan memastikan kecemerlangan pentadbiran Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berakhir dengan satu majlis penutup dan penyampaian sijil di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Kursus selama enam minggu yang dikendalikan oleh Skuadron 82, No. 8 Wing, TUDB itu memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan anggota dengan kemahiran asas pentadbiran selaras dengan protokol dan piawaian Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Seramai 12 peserta dari pelbagai unit TUDB termasuk Markas TUDB dan anggota Kementerian Pertahanan telah menyertai kursus yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 4 Oktober 2024 tersebut. Mejar (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, Pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan No. 8, memuji dedikasi para peserta di sepanjang kursus dan menekankan peningkatan dalam keyakinan diri, pemikiran kritikal, dan kerja berpasukan. Beliau juga menekankan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan menggalakkan para peserta untuk terus memperbaiki diri agar lebih berkesan dalam tugas harian mereka.

Pengiktirafan khas diberikan kepada peserta yang menyerlah, iaitu Soldadu (U) Muhammad Hamizan bin Mohammad Azmi bagi anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Pelajar Praktikal Terbaik atas prestasi cemerlangnya sepanjang kursus. Soldadu (U) Md Azamuddin Aqil bin Abd Shari pula dianugerahkan Pelajar Akademik Terbaik, manakala Soldadu (U) Mohd Hasbi bin Ismail telah menerima anugerah Penuntut Menaip Terbaik.