MUARA, Friday 5
October 2024 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers and personnel, along with the Royal Brunei Navy, participated in a tour of the USS Savannah, a United States Navy vessel, at Muara Commercial Port.
The delegation from RBAirF was welcomed by the crew of the USS Savannah, who provided an overview of the ship's key capabilities, including a briefing on the MH-60R helicopter stationed on board and also a detailed explanation of the 11-Metre Naval Special Warfare Rigid Inflatable Boat (RIB).
The tour offered RBAirF officers and personnel a valuable opportunity to gain deeper insight into the USS Savannah's capabilities and its assets. The USS Savannah, a Littoral Combat Ship of the United States Navy based in San Diego, USA, made a logistics port visit to Brunei Darussalam from 4 to 7 October 2024.
Prior to its arrival in Brunei, the USS Savannah moored at Secondary Berth, Port of Malakal in Koror, Republic of Palau, on 25 September 2024 for a three-day visit. The ship then transited the Surigao Strait southbound on 30 September 2024 before mooring at Muara Commercial Port, Brunei on 4 October 2024.
PEGAWAI DAN ANGGOTA TUDB MEMBUAT LAWATAN KE USS SAVANNAH, TENTERA LAUT AMERIKA SYARIKAT
MUARA, Jumaat 5 Oktober 2024 – Pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), bersama dengan Tentera Laut Diraja Brunei, telah mengambil bahagian dalam lawatan ke USS Savannah, sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, di Pelabuhan Komersial Muara.
Delegasi daripada TUDB disambut oleh kru USS Savannah, yang memberikan penerangan mengenai keupayaan utama kapal tersebut, termasuk mengenai helikopter MH-60R yang ditempatkan di atas kapal dan juga penjelasan terperinci mengenai Bot Kaku Inflatable Perang Khas Tentera Laut (RIB) sepanjang 11 meter.
Lawatan ini adalah satu peluang berharga bagi pegawai dan anggota TUDB untuk memahami dengan lebih mendalam tentang keupayaan USS Savannah serta aset-asetnya. USS Savannah, sebuah Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkalan di San Diego, Amerika Syarikat, telah membuat lawatan logistik ke Brunei Darussalam dari 4 hingga 7 Oktober 2024.
Sebelum tiba di Brunei, USS Savannah berlabuh di
Secondary Berth, Port of Malakal di Koror, Republik Palau, pada 25 September 2024 untuk lawatan selama tiga hari. Kapal tersebut kemudiannya melintasi
Surigao Strait southbound pada 30 September 2024 sebelum berlabuh di Pelabuhan Komersial Muara, Brunei pada 4 Oktober 2024.