RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 30 October 2024 – Two Royal Brunei Air Force (RBAirF) Blackhawk S70i helicopters deployed with the second Royal Brunei Armed Forces (RBAF) delegation to the Republic of Philippines to further support ongoing humanitarian relief efforts for the devastation from the Tropical Typhoon Kristine (TRAMI). The delegation of 18 RBAirF personnel and two medical personnel from the Medical Reception Station (MRS), led by Major (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya, took off from the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base.
The deployment marks a continuous effort to provide essential aid to those affected by recent natural disasters in the Philippines, building upon the efforts of the first contingent sent. The contingent will arrive in the Philippines, where they will work closely with Philippine authorities to deliver medical assistance, transport essential supplies, and provide support for local relief efforts.
Present at the send-off ceremony was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF. Also in attendance were Service Commander and Acting Service Commanders, Chargé d'Affaires from Embassy of the Republic of Philippines to Brunei Darussalam, Defence and Armed Forces Attache of the Republic of the Philippines, Senior Officers and Officers of the Ministry of Defence.
The Blackhawk S70i helicopters will play a critical role in facilitating swift transportation to hard-to-reach areas, ensuring that communities in need receive timely aid. The RBAirF remains steadfast in its commitment to service beyond borders, and this second deployment reflects Brunei Darussalam's enduring dedication to humanitarian aid.
TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGHANTAR KONTINJEN KEDUA KE FILIPINA UNTUK BANTUAN KEMANUSIAAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 30 Oktober 2024 – Dua buah helikopter Blackhawk S70i Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dikerahkan bagi pengangkutan bersama delegasi kedua Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke Republik Filipina untuk meneruskan sokongan usaha bantuan kemanusiaan yang sedang dijalankan bagi menangani kemusnahan akibat Taufan Tropika Kristine (TRAMI). Delegasi yang terdiri daripada 18 anggota TUDB dan dua petugas perubatan, diketuai oleh Mejar (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya, berlepas dari Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Penghantaran ini menandakan usaha berterusan untuk menyediakan bantuan penting kepada mereka yang terjejas oleh bencana alam baru-baru ini di Filipina, meneruskan usaha kontinjen pertama yang telah dikerahkan. Kontinjen ini akan tiba di Filipina, di mana mereka akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk menyampaikan bantuan perubatan, mengangkut bekalan asasi, dan memberi sokongan kepada usaha bantuan tempatan.
Hadir pada majlis pelepasan tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Pemerintah dan Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera,
Chargé d'Affaires Kedutaan Republik Filipina ke Brunei Darussalam, Atase Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Republik Filipina, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan.
Helikopter Blackhawk S70i akan memainkan peranan penting dalam memudahkan pengangkutan segera ke kawasan yang sukar dicapai, memastikan komuniti yang memerlukan menerima bantuan tepat pada masanya. TUDB tetap teguh dengan komitmen untuk berkhidmat di luar sempadan, dan penghantaran kedua ini mencerminkan dedikasi berterusan Negara Brunei Darussalam terhadap bantuan kemanusiaan.