RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 08 November 2024 - A Doa Kesyukuran ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, to express gratitude for the safe return of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel involved in Ops Badai Taduh.
The ceremony was graced by the attendance of Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. Also present were the Commander of the Royal Brunei Armed Forces; the Permanent Secretary of the Ministry of Defence; as well as service commanders, acting service commanders, and family members of the returning personnel.
The event's proceedings began with the recitation of Surah Yassin, followed by a Tazkirah entitled “Tuntutan dalam Meringankan Kesusahan", which highlighted the values of resilience and compassion in easing hardship. The ceremony continued with a Dikir Marhaban for the well-being of the returning personnel, and concluded with a presentation of certificates to honour their dedication and contribution.
Ops Badai Taduh was a significant operation, mobilised to support the humanitarian needs of the region following natural disasters in the Republic of Philippines. The operation displayed the RBAF's preparedness and commitment to providing rapid assistance, marking another milestone in the force's dedication to regional security and cooperation.
DOA KESYUKURAN BAGI KETIBAAN ANGGOTA ABDB TERLIBAT DALAM OPS BADAI TADUH
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 08 November 2024 - Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, bagi menzahirkan kesyukuran atas kepulangan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terlibat dalam Ops Badai Taduh.
Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah Angkatan Tentera; Pemangku-pemangku pemerintah Angkatan Tentera; serta ahli keluarga anggota yang terlibat.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, diikuti dengan Tazkirah bertajuk “Tuntutan dalam Meringankan Kesusahan" yang menekankan nilai ketabahan dan keprihatinan dalam meringankan kesulitan. Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban bagi kesejahteraan anggota yang kembali pulang, dan diakhiri dengan penyampaian sijil sebagai penghormatan atas dedikasi dan sumbangan mereka.
Ops Badai Taduh merupakan operasi penting yang dilaksanakan bagi menyokong keperluan kemanusiaan serantau susulan bencana alam di Republik Filipina. Operasi ini menunjukkan kesiapsiagaan dan komitmen ABDB dalam memberikan bantuan pantas, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian dalam dedikasi pasukan ini terhadap keselamatan dan kerjasama serantau.