RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 20 November 2024 –
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) received 46 students and 07 teachers from Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas Subok at Rimba Air Force Base. This provided an opportunity for visitors to be introduced to and learn about the operations and capabilities of RBAirF.
Upon their arrival at Hangar A, the students and teachers were given a brief and also an opportunity to look at RBAirF aircrafts, equipment, and assets up-close, offering insight into the operational capabilities of the RBAirF. Interactive activities formed a key part of the visit, with students engaging in hands-on experiences, such as handling equipment and trying on RBAirF uniforms. The main attraction of the visit was the guided tour of RBAirF aircrafts and air defence equipment which allowed students to gain insights into RBAirF's capabilities.
The visit concluded with a group photo session, serving as a keepsake for a day filled with experiences aimed at expanding their personal growth and knowledge.
LAWATAN SEKOLAH RENDAH ORANG KAYA BESAR IMAS SUBOK KE TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 20 November 2024 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima kunjungan seramai 46 penuntut dan 07 guru daripada Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas Subok ke Pangkalan Tentera Udara Rimba. Lawatan tersebut telah memberikan peluang bagi pengenalan dan pendedahan kepada penuntut dan guru mengenai operasi dan keupayaan TUDB.
Lawatan dimulakan dengan taklimat di Hangar A dan seterusnya berpeluang untuk melihat pesawat-pesawat, peralatan-peralatan dan aset-aset TUDB dengan lebih dekat serta memberikan pemahaman mengenai keupayaan operasi TUDB. Aktiviti interaktif adalah merupakan sebahagian besar daripada pengalaman lawatan ini yang membolehkan pelajar mengendalikan peralatan dan mencuba pakaian seragam TUDB. Tarikan utama semasa lawatan adalah lawatan ke pesawat-pesawat dan keupayaan pertahanan udara TUDB yang membolehkan pelajar memperoleh pemahaman tentang teknologi penerbangan dan juga pertahanan udara TUDB.
Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai, dimana ianya menjadi sebagai tanda kenangan untuk hari yang dipenuhi dengan pengalaman yang bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan peribadi mereka.