Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF ADAPTS CYCLING EXPEDITION IN CONJUNCTION WITH RBAF 63rd ANNIVERSARY AMIDST WEATHER CHALLENGES

​​RIMBA AIRBASE, Sunday, 22 December 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) had the honour of organising a Cycling Expedition in conjunction with the 63rd Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The expedition was originally planned for a distance of 31.5 kilometers to commemorate the significant date of 31st May. However, due to the unfavourable weather conditions, the route was adapted to a 5 kilometers within the Rimba Air Force Base. Despite these changes, the event successfully achieved its objectives of fostering strong bonds among personnel and promoting a culture of physical fitness and mental wellness.

The Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohamad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Acting Commander of the RBAF and the Commander of the RBAirF. The event was also attended by the Services Commander, Acting Joint Forces Commander, Senior Officers, and personnel from the RBAF. A total of 370 RBAF personnel participated in the cycling event.

The event has demonstrated the RBAirF's ability to showcase its flexibility despite the challenges and would not have been successful without the full support from other units in the RBAF. The organising committee also showcased their teamwork and professionalism in the preparation leading up to the event.


TUDB MENYESUAIKAN ESKPEDISI BERBASIKAL SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-63 TAHUN DENGAN CABARAN CUACA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 22 Disember 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengambil penghormatan untuk menganjurkan Acara Ekspedisi Berbasikal sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-63 tahun. Ekspedisi itu pada asalnya dirancang sejauh 31.5 kilometer untuk memperingati tarikh Ulang Tahun ABDB iaitu pada setiap 31 Mei. Bagaimanapun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, laluan itu disesuaikan dengan laluan sejauh 5 kilometer di dalam Pangkalan Tentera Udara Rimba. Disebalik perubahan ini, acara tetap berjaya mencapai objektifnya iaitu memupuk ikatan kukuh disamping mempromosikan budaya sihat dikalangan warga ABDB. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Dato Seri Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah ABDB dan Pemerintah TUDB. Turut hadir bersama ialah Pemerintah, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota ABDB. Jumlah keseluruhan peserta bagi acara tersebut adalah seramai 370 anggota ABDB.

Dengan cabaran yang dihadapi semasa acara ini, TUDB telah mempamerkan kebolehan untuk mempraktikkan fleksibiliti dalam perancangan sehingga ianya berjaya dilaksanakan dengan sokongan penuh dari unit-unit lain dalam ABDB. Ahli Jawatankuasa acara juga telah dapat mempamerkan semangat kerja berpasukan dan profesionalisma sepanjang persiapan sehingga ke hari acara.