AIR MOVEMENT CENTRE, Monday, 10 February 2025 – As part of the ongoing effort to uphold the professionalism of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), the Commander RBAirF Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, convened a session with personnel from No. 1 Wing, Operations Group, at the Merbuk Briefing Room, Air Movement Centre.
Present during this session were Lieutenant Colonel (U) Hairy Erwandy bin Haji Raya, Commander of Operations Group and Lieutenant Colonel (U) Mohamad Fazley bin Hasbullah, Commanding Officer of No. 1 Wing, Operations Group, No. 1 Wing. Also present were officers and personnel of No. 1 Wing.
In his address, the Commander reiterated the fundamental principles of integrity and vigilance, cautioning against any engagement in unlawful activities while stressing the importance of upholding security and fostering a resilient mindset. He further underscored the necessity of steadfast adherence to religious obligations, gratitude for one's blessings, and an unwavering commitment to serving the nation with sincerity and dedication.
This engagement demonstrated the Commander's enduring commitment to strengthening leadership and operational excellence within the Royal Brunei Air Force.
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/NO.1%20WG%20SESSION%20WT%20CAF/2.JPG)
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/NO.1%20WG%20SESSION%20WT%20CAF/3.JPG)
SESI MUZAKARAH ANGGOTA-ANGGOTA CAWANGAN NO. 1 BERSAMA PEMERINTAH TUDB
PUSAT PERGERAKAN UDARA, Isnin, 10 Februari 2025 - Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menegakkan profesionalisma Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pemerintah TUDB Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama anggota-anggota Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan di Bilik Taklimat Merbuk, Pusat Pergerakan Udara.
Hadir di sesi tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Hairy Erwandy bin Haji Raya dan Pemerintah Kumpulan Gerakan, Leftenan Kolonel (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, TUDB. Turut hadir bersama ialah Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Cawangan No. 1.
Dalam ucapannya, Pemerintah menegaskan prinsip asas integriti dan kewaspadaan, mengingatkan warga agar menjauhi sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang sambil menitikberatkan kepentingan sekuriti dan pembentukan minda yang berdaya tahan. Beliau turut menekankan keperluan untuk berpegang teguh kepada kewajipan agama, mensyukuri nikmat yang dikurniakan, serta berkhidmat kepada negara dengan keikhlasan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi.
Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan Pemerintah dalam memperkukuh kepimpinan dan kecemerlangan operasi dalam Tentera Udara Diraja Brunei.
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/NO.1%20WG%20SESSION%20WT%20CAF/4.JPG)