RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 07 April 2025
– The Initial Planning Conference (IPC) for the 29th Exercise Airguard in 2025 was held via video teleconference between No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and 18 DA Bn, Divisional Air Defence Group, RSAF to discuss on the overall plan of the upcoming Air Defence bilateral exercise.
The IPC began with opening remarks from Major Chia Mu Jun Robin, Commanding Officer of 18 DA Bn, Divisional Air Defence Group, RSAF, and Major (U) Muhd Adif bin Hj Zaman, Commanding Officer of No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF that was also attended by Liaison Officer of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam and representatives from both contingents.
Major (U) Pg Muhammad Qamarul Ehsan bin Pg Hassan, Officer Commanding of 238 Squadron, No. 2 Wing and Major Goh Jun Hong, RSAF exchanged views on scenarios for the Field Training Exercise (FTX) including exercise administrative matters. Exercise Airguard 29/25 between RBAirF and RSAF will be followed with the Final Planning Conference in July 2025 before the two-week FTX from 25 August 2025 to 8 September 2025.
MESYUARAT INITIAL PLANNING CONFERENCE BAGI EKSESAIS AIRGUARD 29/25
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 07 April 2025 – Persidangan Perancangan Awal (Initial Planning Conference – IPC) bagi Eksesais Airguard ke-29 bagi tahun 2025 telah diadakan melalui sidang video antara Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan 18 DA Bn, Divisional Air Defence Group, TURS bagi membincangkan perancangan keseluruhan eksesais dua hala Pertahanan Udara yang akan datang.
IPC dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Mejar Chia Mu Jun Robin, Pegawai Pemerintah 18 DA Bn, Divisional Air Defence Group, TURS dan Mejar (U) Muhd Adif bin Hj Zaman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB. Persidangan ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam serta wakil-wakil dari kedua-dua kontinjen.
Mejar (U) Pg Muhammad Qamarul Ehsan bin Pg Hassan, Pegawai Memerintah Skuadron 238, Cawangan No. 2 dan Mejar Goh Jun Hong dari TURS telah bertukar pandangan mengenai senario bagi Latihan Medan (Field Training Exercise – FTX) termasuk hal-hal pentadbiran eksesais. Eksesais Airguard 29/25 antara TUDB dan TURS akan diteruskan dengan Persidangan Perancangan Akhir pada Julai 2025 sebelum pelaksanaan FTX selama dua minggu bermula 25 Ogos hingga 8 September 2025.