RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 22 April 2025 – Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), conducted his first official working visit to No. 1 Wing, Operations Group.
Upon arrival, he was welcomed by Lieutenant Colonel (U) Mohammad Fazley bin Hasabullah, Commanding Officer of No. 1 Wing. The visit began with a series of briefings covering welfare and operational capabilities, delivered by the Acting Wing Sergeant Major as well as officers from 11 Squadron and 15 Squadron.
The visit continued with a gathering and light refreshments with No. 1 Wing personnel, including those who recently completed their flight training. During his address, the Commander emphasised the importance of unity, teamwork, and maintaining a strong operational mindset to achieve mission objectives effectively.
To commemorate the visit, the Commander signed a parchment and participated in a group photo session with No. 1 Wing personnel. The visit concluded with the presentation of a memento to the Commander by the Wing.
.JPG)


LAWATAN RASMI PERTAMA PEMERINTAH TUDB KE CAWANGAN NO. 1, KUMPULAN GERAKAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 22 April 2025 – Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan.
Ketibaan beliau disambut oleh Leftenan Kolonel (U) Mohammad Fazley bin Hasabullah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai kebajikan dan keupayaan operasi yang disampaikan oleh Pemangku Sarjan Mejar Cawangan serta pegawai-pegawai dari Skuadron 11 dan Skuadron 15.
Lawatan diteruskan dengan sesi ramah mesra dan jamuan ringan bersama anggota Cawangan No. 1, termasuk mereka yang baru menamatkan latihan asas penerbangan. Dalam ucapannya, Pemerintah TUDB menekankan kepentingan memelihara perpaduan, semangat berpasukan serta pemikiran operasi yang mantap dalam mencapai objektif misi dengan berkesan.
Sebagai tanda kenangan, Pemerintah TUDB turut menandatangani lembaran kenangan dan bergambar ramai bersama anggota Cawangan No. 1. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pemerintah TUDB.
