BRUNEI DARUSSALAM, Wednesday, 30 April 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) continued its nationwide mosque cleaning campaign to five mosques as part of its post Ramadhan initiative that underscores the ongoing commitment to community service and religious observance beyond the holy month.
In this latest effort, the RBAirF personnel conducted cleaning activities at the following mosques: Masjid STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria, Masjid Pengiran Haji Abu Bakar in Kampong Bokok, Masjid Kampong Batu Apoi, Masjid Kampong Labu Estet, and Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis.
This mosque cleaning campaign session builds on the previous cleaning efforts held at the end of April, reaffirming the RBAirF personnel commitment to ongoing service and community engagement. Through this post Ramadhan initiative, the RBAirF reinforces its role in strengthening community ties while promoting the values of cleanliness, care, and respect for religious institutions.




TUDB MENERUSKAN KEMPEN PEMBERSIHAN MASJID DI LIMA BUAH MASJID
BRUNEI DARUSSALAM, Rabu, 30 April 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) meneruskan kempen pembersihan masjid di seluruh negara melibatkan lima buah masjid sebagai sebahagian daripada inisiatif selepas Ramadan, sekaligus menzahirkan komitmen berterusan terhadap khidmat masyarakat dan penghayatan keagamaan selepas bulan suci berakhir.
Dalam usaha terkini ini, anggota TUDB telah menjalankan aktiviti pembersihan di lima buah masjid berikut: Masjid STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria, Masjid Pengiran Haji Abu Bakar di Kampung Bokok, Masjid Kampung Batu Apoi, Masjid Kampung Labu Estet, dan Masjid Pehin Khatib Abdullah di Kampung Kulapis.
Sesi ini merupakan kesinambungan daripada usaha awal kempen yang dijalankan pada penghujung April, sekaligus mengukuhkan lagi komitmen anggota TUDB terhadap perkhidmatan berterusan dan penglibatan dalam komuniti. Melalui inisiatif selepas Ramadhan ini, TUDB menegaskan peranannya dalam mempererat hubungan masyarakat sambil memupuk nilai-nilai kebersihan, keprihatinan dan penghormatan terhadap institusi-institusi keagamaan.

