Rimba Air Base, Friday, 16 May 2025 – A Funeral Rites Workshop for military and civilian personnel of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), organized by the Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT), was successfully conducted from 12 to 16 May 2025 at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
A total of 10 participants attended the 5-day course, which was led by Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, a Religious Teacher of the RBAirF.
The workshop aimed to provide participants with an understanding of the procedures and steps involved in performing funeral rites. It also covered the etiquette of visiting the sick, preparation of burial shrouds, the process of washing and burying the deceased, and other related aspects of funeral management. Participants took part in practical sessions, including how to prepare the burial shroud, wash, shroud, and perform funeral prayers for the deceased.
The workshop concluded on the morning of Friday, 16 May 2025, beginning with a recitation of Surah Al-Fatihah and a speech by a participant representative. The event continued with the presentation of certificates to the participants and ended with a closing prayer.
The workshop also aimed to provide both spiritual and physical preparation, along with in-depth knowledge, in facing the challenges and trials of daily life.



BENGKEL PENYEMPURNAAN JENAZAH BAGI ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DAN AWAM TUDB
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 16 Mei 2025 - Bengkel Penyempurnaan Jenazah bagi anggota-anggota tentera dan awam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 12 Mei 2025 hingga 16 Mei 2025 bertempat di Surau Al-Barakah, Pengkalan Tentera Udara Rimba.
Seramai 10 orang anggota mengikuti kursus ini selama 5 hari yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.
Antara pengisian di dalam bengkel ini ialah untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai tatacara dan langkah-langkah Penyempurnaan jenazah. Bengkel ini juga membincangkan adab-adab menziarahi pesakit, termasuk penyediaan kain kafan, persiapan memandikan dan menguburkan jenazah dan lain-lain hal yang berkaitan tentang pengurusan jenazah. Peserta juga dilibatkan dengan sesi praktikal penyediaan kain kafan, cara memandikan jenazah, mengkafankan jenazah dan menyembahyangkan jenazah sebagai latihan dan penglibatan mereka dalam bengkel ini.
Seterusnya penutup bengkel diadakan pada sebelah pagi hari Jumaat 16 Mei 2025 dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ucapan dari wakil peserta. Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel dan disudahi dengan bacaan doa penutup.
Bengkel ini juga diadakan adalah untuk memberi persiapan rohani dan jasmani serta pengetahuan yang mendalam dalam menghadapi suka dan duka dalam kehidupan seharian.
