Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SENDING-OFF CEREMONY FOR EXCERSICE AIRGUARD 29/25 PARTICIPANTS TO THE REPUBLIC OF SINGAPORE

​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 25 August 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a sending-off ceremony at the Air Movement Centre (AMC) for personnel from No. 2 Wing, Operations Group, who will be participating in Exercise AIRGUARD (Ex AIRGUARD), an annual bilateral exercise with the Republic of Singapore. This year's exercise will take place from 25 August to 08 September 2025 and marks the 29th iteration since its inauguration in 1994. Ex AIRGUARD, conducted between No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF and the 18 Defence Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force (RSAF), aims to strengthen cooperation through a Combined Air Defence Deployment.

A total of 43 RBAirF personnel will take part in Ex AIRGUARD 2025. The contingent comprises 40 personnel from No. 2 Wing, supported by 2 personnel from 39 Squadron, No. 3 Wing, Operations Group, and 1 personnel from 15 Squadron, No. 1 Wing, Operations Group, reflecting the collective effort and commitment of the RBAirF towards enhancing interoperability and defence collaboration with the RSAF. ​

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali, Imam of Surau Al-Barakah and was followed by a speech delivered by the Guest of Honour, Lieutenant Colonel (U) Md Hairy Erwandy bin Haji Raya, Commander of Operational Group, to the exercise contingent. It concluded with the recitation of Doa Selamat and a commemorative group photo session with all participants.

Exercise Airguard showcases the longstanding bilateral ties between the RBAirF and RSAF as it  provides an important platform for personnel from both air forces to enhance their close cooperation through the exchange of knowledge, experiences, and joint training in the field of Ground-Based Air Defence (GBAD).


MAJLIS UPACARA PEMERGIAN KONTINJEN EKSESAIS AIRGUARD 29/25 KE REPUBLIK SINGAPURA

 

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 25 Ogos 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Pemergian di Pusat Pergerakan Udara (PPU) bagi anggota daripada Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan yang akan menyertai Eksesais AIRGUARD (Ex AIRGUARD), iaitu Latihan Dua Hala bersama Republik Singapura. Eksesais pada tahun ini akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 08 September 2025 dan menandakan pelaksanaan kali ke-29 sejak dimulakan pada tahun 1994. Ex AIRGUARD yang dilaksanakan antara No. 2 Wing, Kumpulan Operasi, TUDB dan 18 Defence Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force (RSAF) bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama melalui Combined Air Defence Deployment.

Seramai 43 anggota TUDB akan menyertai latihan ini. Delegasi terdiri daripada 40 anggota dari Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, 2 anggota dari Skuadron 39, Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan dan 1 anggota dari Skuadron 15, Cawangan No. 1 Kump Gkn. Penyertaan ini mencerminkan usaha bersama dan komitmen TUDB dalam meningkatkan keupayaan interoperabiliti serta kerjasama pertahanan dengan RSAF.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Muhammad Fathuttahman bin Haji Matali, Imam Surau Al-Barakah dan diikuti dengan ucapan tetamu kehormat Leftenan Kolonel (U) Md Hairy Erwandy bin Haji Raya, Pemerintah Kumpulan Gerakan, kepada kontinjen eksesais. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat serta sesi bergambar ramai bersama semua anggota kontinjen.

Ex AIRGUARD mempamerkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara TUDB dan RSAF dengan adanya landasan penting bagi kedua-dua angkatan udara untuk meningkatkan kerjasama erat melalui pertukaran pengetahuan, pengalaman dan latihan bersama dalam bidang Pertahanan Udara (Ground-Based Air Defence, GBAD).