BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 24 September 2025 – As part of the Introductory Visit of General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan, Chief of the Royal Malaysian Air Force (RMAF), to Brunei Darussalam, a series of cultural and sporting engagements were held, underscoring the warm ties and enduring friendship between the two Air Forces..
Chief of the RMAF and his spouse was accompanied by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and spouse, Hajah Rosnah @ Hajah Lily binti Haji Matamit, for a leisurely walk along the Eco Corridor Park, viewing the historical landmarks including a river cruise through the historic Kampong Ayer, offering the delegation a glimpse of the nation's unique cultural identity and traditional way of life.
The delegation also toured the Royal Regalia Museum, gaining deeper appreciation of the nation's history, sovereignty, and traditions. The programme also included the opportunity to enjoy local delicacies prepared by a Bruneian host, providing an authentic experience of Brunei's culinary heritage. To conclude the visit, a golf interaction session between the both air force chiefs further strengthening personal rapport and fostering informal exchanges in a spirit of sportsmanship and friendship.
These engagements not only reflected the close rapport between both Air Forces, but also demonstrated their commitment to fostering deeper cooperation through cultural understanding, professional exchange and enduring friendship.





MEMPERKUKUHKAN PERSAHABATAN MELALUI BUDAYA DAN SUKAN: LAWATAN PENGENALAN PANGLIMA TUDM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 September 2025 – Sebagai sebahagian daripada Lawatan Pengenalan Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ke Negara Brunei Darussalam, beberapa siri penglibatan budaya dan sukan telah diadakan yang menzahirkan hubungan mesra dan persahabatan erat antara kedua-dua Tentera Udara.
Panglima TUDM bersama isteri telah diiringi oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan isteri, Hajah Rosnah @ Hajah Lily binti Haji Matamit, dalam sesi berjalan santai di Taman Mahkota Jubli Emas, sambil menyaksikan mercu tanda bersejarah, termasuk pelayaran menyusuri Kampong Ayer yang bersejarah yang memberikan rombongan peluang untuk menghayati keunikan identiti budaya dan cara hidup tradisional masyarakat Brunei.
Rombongan juga berkesempatan melawat Muzium Alat Kebesaran Diraja, sekali gus menambah penghayatan terhadap sejarah, kedaulatan dan tradisi negara. Program ini turut diserikan dengan peluang untuk menikmati juadah tempatan yang disediakan oleh penduduk Brunei, yang memberikan pengalaman asli terhadap warisan kulinari negara ini.
Sebagai penutup lawatan, diadakan sesi interaksi golf antara kedua-dua Panglima Tentera Udara, yang telah mengukuhkan lagi hubungan mesra serta memupuk pertukaran tidak formal dalam semangat kesukanan dan persahabatan.
Penglibatan ini bukan sahaja mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua Tentera Udara, malah menunjukkan komitmen mereka dalam memperkukuhkan kerjasama melalui pemahaman budaya, pertukaran profesional dan persahabatan yang berkekalan.



