Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PERSONNEL PARTICIPATE IN UNIFIL PEACEKEEPING MISSION UNDER MALBATT 850-13

​​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 30 October 2025 – The National Flag Handover Ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Contingent participating in the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) under the Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) took place at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base.

A total of 21 RBAF personnel will be deployed for the peacekeeping mission, including one officer and three other ranks from the Royal Brunei Air Force (RBAirF). Their inclusion reflects the RBAirF's steadfast commitment to upholding Brunei Darussalam's contribution towards maintaining peace and stability under the United Nations mandate.

Present to officiate the ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were His Excellency Datuk Mohd Aini bin Atan, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam; Members of the RBAF Executive Committee; the Deputy Director of the Department of International Organisations, Ministry of Foreign Affairs; the Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam; senior officers and personnel from the Ministry of Defence; and family members of the contingent.

The ceremony commenced with the handover of the National Flag by the Commander of the RBAF to Major Mohammad Ihya'uddin bin Haji Ishak, Head of the RBAF Contingent for MALBATT 850-13, symbolising the trust and responsibility bestowed upon the personnel representing the nation. This was followed by the presentation of badges to the officers and members of the contingent, marking their official recognition as part of the mission.

The event continued with the recitation of Doa Selamat, led by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), and concluded with a group photo session.

Following the ceremony, the contingent departed for Malaysia aboard the Royal Brunei Air Force C295MW aircraft before continuing their onward journey to Lebanon from Kuala Lumpur on 5 November 2025, according to the sortie schedule.

Since its inaugural participation in 2008, the RBAF has maintained an active presence in the UNIFIL peacekeeping mission. The RBAirF's continued involvement underlines its dedication to professionalism, global cooperation, and humanitarian service — embodying Brunei Darussalam's unwavering support for international peace and security under the United Nations' principles.


ANGGOTA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (TUDB) SERTAI MISI PENGAMANAN UNIFIL DI BAWAH MALBATT 850-13

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 30 Oktober 2025 – Majlis Penyerahan Bendera Kebangsaan bagi Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Misi Pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di bawah Batalion Malaysia 850-13 (MALBATT 850-13) telah diadakan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Seramai 21 anggota ABDB akan terlibat dalam misi berkenaan, termasuk seorang pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam menyokong usaha Brunei Darussalam terhadap keamanan dan kestabilan sejagat di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Timbalan Pengarah Jabatan Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kanan serta ahli keluarga anggota yang terlibat dalam misi pengamanan tersebut.

Majlis dimulakan dengan penyerahan Bendera Kebangsaan oleh Pemerintah ABDB kepada Mejar Mohammad Ihya'uddin bin Haji Ishak, Ketua Kontinjen ABDB bagi MALBATT 850-13, sebagai simbol amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kontinjen negara. Seterusnya, penyampaian lencana kepada pegawai dan anggota kontinjen turut diadakan sebagai pengiktirafan rasmi penyertaan mereka dalam misi tersebut.

Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Direktorat Agama ABDB (JAMA'AT), dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Selepas majlis tersebut, kontinjen berlepas ke Malaysia menaiki pesawat C295MW milik Tentera Udara Diraja Brunei sebelum meneruskan perjalanan ke Lubnan dari Kuala Lumpur pada 5 November 2025 mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan.

Sejak penyertaan sulungnya pada tahun 2008, ABDB terus memainkan peranan aktif dalam misi pengamanan UNIFIL. Penglibatan TUDB kali ini menzahirkan kecekapan profesionalisme, semangat kerjasama antarabangsa dan khidmat kemanusiaan — selaras dengan komitmen Brunei Darussalam dalam menyokong keamanan dan keselamatan sejagat di bawah prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.