RIMBA AIR FORCE BASE, TUESDAY, 11 NOVEMBER 2025 - A group comprising 106 students and teachers from Pertama Tutong Primary School, and 66 students and teachers from Chung Ching Secondary School participated in an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF).
The group was welcomed and briefed by Warrant Officer 2 (U) Pengiran Shahbuddin bin Pengiran Haji Md Tejuddin who introduced the students to RBAirF, followed by a static display which showcased RBAirF assets and equipment. The visit included activities for the students, enabling them to interact with RBAirF personnel and gain hands-on experience with the assets and equipment.
The aim of this educational visit are for the students to understand the roles and responsibilities of the RBAirF as well as possibly sparking an interest among the students to join the service and have future careers within the Royal Brunei Armed Forces.

.jpeg)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI SEKOLAH PERTAMA TUTONG DAN SEKOLAH MENENGAH CHUNG CHING KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 11 November 2025 - Rombongan yang terdiri daripada 106 orang pelajar dan guru dari Sekolah Pertama Tutong dan seramai 66 orang pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Chung Ching telah membuat lawatan sambil belajar ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Rombongan telah disambut dan diberikan sesi taklimat oleh Pegawai Waran 2 (U) Pengiran Shahbuddin bin Pengiran Haji Md Tejuddin yang memperkenalkan mereka TUDB. Program juga diikuti dengan lawatan ke pameran statik yang memaparkan aset dan peralatan yang digunakan oleh TUDB. Lawatan itu merangkumi beberapa aktiviti untuk pelajar yang membolehkan mereka berinteraksi bersama anggota TUDB dan mendapatkan pengalaman praktikal dengan aset dan peralatan tersebut.
Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberikan pelajar-pelajar kesempatan bagi memahami peranan dan tanggungjawab TUDB serta meningkatkan minat mereka untuk menyertai perkhidmatan dan mempertimbangkan kerjaya dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di masa hadapan.
.jpeg)