RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 20 November 2025 –
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed 44 students and teachers from Beribi Gadong Ugama School during an educational visit to Rimba Air Force Base.
The visit began with a short introduction at Hangar A, where the students were briefed on the organisation and roles of the RBAirF. They were then taken on a guided tour showcasing RBAirF's aircrafts, equipment, and operational capabilities.
Throughout the programme, students participated in interactive activities with RBAirF personnel, including hands-on opportunities to explore equipment, try on Air Force uniforms, and step inside several aircrafts. The visit concluded with a group photo session to commemorate the occasion.
The educational visit aimed to broaden the students' understanding of the RBAirF, inspire interests in aviation and national service, and contribute positively to their learning as well as personal development.




LAWATAN SEKOLAH UGAMA BERIBI GADONG KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 20 November 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima kunjungan pendidikan daripada 44 orang pelajar dan guru dari Sekolah Ugama Beribi Gadong di Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas di Hangar A, di mana para pelajar diberikan penerangan mengenai organisasi serta peranan TUDB. Pelajar kemudiannya diiringi mengikuti lawatan berpandu yang memperlihatkan pesawat-pesawat, peralatan dan keupayaan operasi TUDB.
Sepanjang program tersebut, para pelajar turut menyertai aktiviti interaktif bersama anggota TUDB, termasuk peluang mencuba peralatan, memakai uniform Tentera Udara, serta memasuki beberapa buah pesawat. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.
Di samping memupuk minat dalam bidang penerbangan dan khidmat negara, lawatan pendidikan ini bertujuan untuk memperluaskan lagi kefahaman pelajar mengenai TUDB, serta memberi pengalaman pembelajaran yang positif dan bermakna untuk perkembangan diri.


